>>>>>

12 Negara yang Paling Ramai Penduduknya di Dunia



Mengikut United Nation dan US Census Bureau’s world population clock, anggaran jumlah penduduk dunia yang dikemas kinikan pada 7hb Januari 2012 ialah  seramai 6,986,200,000 orang.

Kira-kira 19.18% daripada jumlah keseluruhan penduduk dunia adalah rakyat negara Cina. Manakala rakyat negara India menduduki tangga kedua teramai di dunia iaitu 17.32%. Menduduki tempat ketiga ialah Amerika Syarikat yang mempunyai penduduk seramai 4.48% daripada keseluruhan penduduk dunia.

Senarai jumlah penduduk di 12 buah  negara yang menduduki tangga teratas paling ramai penduduk di dunia adalah seperti berikut:

Seluruh Dunia - 6,986,200,000

1. China - 1,339,724,852
2. India - 1,210,193,422
3. USA - 312,811,000
4. Indonesia - 237,641,326
5. Brazil - 192,376,496
6. Pakistan - 178,297,000
7. Nigeria - 162,471,000
8. Rusia - 142,914,136
9. Bangladesh - 142,319,000
10. Jepun - 127,760,000
11. Mexico - 112,336,538
12. Filipina - 94,013,200

Malaysia menduduki tangga yang 42 selepas negara Peru iaitu penduduk seramai 28,334,135 orang mengikut bancian pada tahun 6/7/2010.

Perkara yang sangat menarik untuk diperhatikan ialah terdapat perbezaan yang sangat ketara di antara negara India dan Amerika Syarikat dari segi jumlah penduduknya. Jika diteliti, terdapat perbezaan ketara iaitu sebanyak13% di antara penduduk India dan Amerika syarikat (perbezaan sebanyak 897,382,422 orang penduduk).

India adalah  negara yang mempunyai saiz tanah yang tidak begitu besar kini mempunyai jumlah penduduk yang jauh lebih ramai berbanding Amerika Syarikat. Namun begitu, India masih belum lagi tersenarai dalam 10 negara yang paling padat penduduknya di dunia.

Populasi penduduk di seluruh dunia dianggarkan akan mencecah di antara 8 dan 10.5 billion penduduk pada tahun 2040.

Sumber: Wiki
3 Komentar untuk "12 Negara yang Paling Ramai Penduduknya di Dunia "

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info