>>>>>

Gadis Cantik Ini Lebih Genius Dari Bill Gates


 Bill Gates yang menubuhkan Microsoft dan berstatus sebagai salah satu orang terkaya di dunia, memang orang genius. Namun gadis cantik yang baru berusia 16 tahun ini diyakini lebih genius daripada Gates.

Lauren Marbe, adalah seorang remaja Inggeris yang tinggal di Essex. Dalam sebuah ujian IQ rasmi, dia mencapai angka 161 yang termasuk tertinggi di dunia. Dianggarkan hanya 1% orang di dunia punya IQ setinggi itu.

Dilihat dari penampilannya, Marbe kelihatan seperti remaja kebanyakan yang suka berdandan. Sehingga mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa gadis berambut blonde atau perang ini amat genius.

"Aku blonde, senang memakai make up dan suka bermain-main keluar," kata Marbe yang dipetik dari Telegraph, Rabu (18/3/2013).

Marbe dinilai lebih pintar dari nama-nama tenar seperti Bill Gates, Stephen Hawking bahkan Albert Einstein. Meski ketiganya belum pernah melakukan ujian IQ, namun dianggarkan ketiganya mempunyai IQ 160.

Marbe mendapat nilai A atau A + dalam ujian di sekolah menengah Roding Valley High School. Marbe bercita-cita masuk ke universiti Cambridge yang sangat berprestij di jurusan senibina.

Namun, anak seorang pemandu teksi ini juga punya impian yang lain. Iaitu menjadi seorang pemain teater terkenal di masa depan.



0 Komentar untuk "Gadis Cantik Ini Lebih Genius Dari Bill Gates"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info