>>>>>

Inilah Lelaki Di Sebalik Logo NBA



Sedikit yang mengetahui bahawa siluet dalam logo NBA adalah bintang NBA sepanjang masa. Dia adalah Jerry West, pemain Los Angeles Lakers.

Pemain yang kerap digelar Mr Clutch ini disebut-sebut sebagai guard terbaik dalam sejarah NBA. Bukan hanya kerana tinggi badan dan aspek atletisnya, melainkan juga kerana seringnya insiden berdarah yang menimpa dirinya.

Sekurang-kurangnya sembilan kali Jerry West mengalami patah tulang hidung ketika bertanding. Ia juga tak jarang harus dipapah, bahkan ditandu apabila keluar dari lapangan kerana kecederaan yang dialaminya.

West sendiri tercatat 14 kali masuk dalam All Star Team, namun baru satu kali memenangi pertandingan. Ia menjadi orang ketiga yang mencetak lebih dari 25 ribu mata, di mana di setiap pertandingan rata-rata ia membukukan 27 mata. Tahun 1997, West dimasukkan dalam senarai 50 pemain terbaik dalam sejarah NBA.







1 Komentar untuk "Inilah Lelaki Di Sebalik Logo NBA"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info