>>>>>

Video Helang Sambar Kanak-Kanak Kecil Jadi Trending Di Google+

Pagi ini (20/12), salah satu trending topics di Google+ adalah # GoldenEagle. Apa maksud hashtag tersebut?

Ternyata, setelah mencari link berkaitan, hashtag # GoldenEagle merujuk pada sebuah video yang dimuat naik ke YouTube. Dalam video tersebut memaparkan seekor helang dengan bulu keemasan sedang menukik tajam dan menyambar seorang kanak-kanak kecil.








Mungkin disebabkan anak kecil yang dibiarkan bermain di lapangan terbuka oleh ibunya tersebut berukuran kecil, mirip dengan makanannya seperti arnab atau lainnya, maka helang menganggap kanak-kanak itu adalah makanan.

Dari video yang dimuat naik pada tarikh 18 Disember lalu itu, sampai sekarang sudah dilihat sebanyak 10.226.798 kali. Namun, sayangnya banyak komentar yang mengatakan bahawa video helang menyambar anak ini adalah palsu atau hasil edit video.

Tentunya, anda ingin tahu seperti apa videonya, sila melihatnya dan menurut anda apakah video ini palsu atau bukan.




0 Komentar untuk "Video Helang Sambar Kanak-Kanak Kecil Jadi Trending Di Google+"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info