>>>>>

Pelik..!!.Lelaki Ini Ketagih Minum Petrol Sejak 42 Tahun Lalu


Bagi sebahagian besar orang mungkin mencium bau petrol saja dapat membuat mual bahkan muntah. Namun tidak demikian bagi Chen dejun, 71 tahun dari Shuijiang, Nanchuan di Chongqing, China ini. Buktinya selama 42 tahun terakhir, bukan cuma mencium, bahkan dia juga menjadi salah satu penagih meminum petrol.


Alasan Chen mulai meminum petrol bermula dari penyakit yang dideritanya dan tidak pernah sembuh, walau sudah meminum segala jenis ubat-ubatan. Chen, seorang pemotong batu dan ahli menganyam buluh itu mula melakukan kebiasaannya itu dari 1969 ketika tiba-tiba dia mula batuk dan merasa sakit di dada. kerana tak melihat adanya kemajuan meski sudah minum beberapa ubat, dirinya pun minum ubat tradisional berupa minyak tanah.

Dan kerana satu gelas minyak tanah itu berjaya membantu rasa sakitnya, sejak itu dirinya pun menjadi ketagihan dari yang minyak tanah berpindah ke petrol. Menurut Chen, sukar untuk mengira sudah berapa banyak petrol yang dia minum, namun sebuah akhbar Chongqing Evening News mengkhabarkan Chen mengambil sekitar 4,5 tan selama 42 tahun.

Kerana ketagihannya itu, sejak 8 tahun lalu Chen hidup sendiri dan berpisah dengan isteri serta ke-3 anaknya.

Terima kasih Telah Membaca Artikel Di tabekpuang.blogspot.com- Jika  Artikel Ini Dirasa Bermanfaat Tolong Share Kepada rakan-rakan Anda dan Like Page atau Follow Kami. 
0 Komentar untuk "Pelik..!!.Lelaki Ini Ketagih Minum Petrol Sejak 42 Tahun Lalu"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info