Sebuah karya muzik tanpa disokong dengan cover album yang bagus adalah hal sia-sia. Meskipun muzik tersebut adalah sebuah masterpiece, orang tak bakal menyentuhnya ketika bertengger di rak kedai rakaman.
Cover album juga menjadi wadah pemuzik tersebut untuk memaparkan isi lagu di album mereka. Banyak orang yang datang ke kedai muzik dan terpikat pada sebuah album lantaran covernya yang menggoda mata.
Tak sedikit pula rakaman tersebut menjadi sebuah benda yang terus dicari oleh para pengumpul hingga saat ini. Bahkan para band pun menyeluk sakunya untuk mencari seniman yang terbaik untuk menggarap albumnya. Ini cover album terbaik sepanjang masa.
7. Nirvana – Nevermind (1991)
Album ini menjadi satu kejayaan yang mengejutkan di tahun 1991. Sebelumnya Nirvana sendiri sempat diragukan oleh banyak pemerhati muzik lantaran karyanya yang jauh dari komersilitas. Namun fakta berkata lain, album ini sendiri terjual hingga jutaan copy di seluruh dunia.
Cover album ini sendiri seakan menjadi ikon. Gambar seoarang bayi yang tengah berenang dan dipancing dengan wang Bagi orang yang melihatnya, akan tahun ini adalah album Nevermind milik Nirvana. Album kedua ini adalah tonggak kejayaan Nirvana dan karyanya masih diperdengarkan hingga kini.
6. Velvet Underground And Nico – The Velvet Underground (1967)
Band yang menarik perhatian seniman pop art terkenal, Andy Warhol yang lantas menajdi pengurus mereka. Album ini menjadi terkenal lantara Warhol mendesain covernya. sebuah reka bentuk yang sangat sederhana bernuansakan pop art bergambar pisang berwarna kuning.
Tak hanya reka bentuk saja yang membuat album ini menjadi terkenal, namun 11 lagu di dalamnya yang digarap secara epic. Duet vokal antara Lou Reed dan Nico menjadikan album ini begitu bernyawa.
5. Joy Division – Unknown Pleasure (1979)
Sebuah debut album monumental dari post punk asal British yang hingga kini masih dicari oleh para pengumpul. Muzik Joy Divisionsendiri banyak mengilhami beberapa band saat ini.
Namun siapakah sangka jika awal penjualan album ini sangat menyedihkan. Wajar saja ini adalah debut dari sebuah band yang mungkin belum banyak orang yang mengetahuinya, terlebih dengan cover album yang membuat orang berfikir. Namun setelah single Love Will Tear Us Apart, penjualan album ini meningkat.
Cover Unknown Pleasure memang sangat unik. Gambar di depan diambil dari Cambridge Encyclopedia of Astronmy yang asalnya dilukis pada backgound warna putih dan garis hitam. Bungkusan kover LP ini juga sangat berbeza dengan kemasan album band lain. Joy Divison merilis tanpa ada keterangan lagu dicover belakangnya. Namun mereka menulis semua keterangan track dan lain-lain di inner sleeve.
4. King Crimson – In The Court Of The Crimson King (1969)
Sebuah masterpiece lahir dari debut album band pengusungnya progressive rock asal Inggeris, King Crimson. Album ini menggabungkan muzik dan art yang luar biasa. percampuran antara jazz dan simfoni muzik klasik. album ini sendiri mendapatkan pujian dari pelbagai pemerhati muzik termasuk Pete Townshend dari The Who.
Di balik kejayaan yang ditunai para personel Kring Crimson, ada kisah sedih di sebaliknya. Barry Godber, orang di balik cover album ini tidak boleh menikmati hasil karyanya. Lelaki yang bekerja sebagai programmer komputer ini meninggal setahun selepas album ini keluar kerana serangan jantung. Hingga kini vinyl album In The Court of The Crimson King masih diburu oleh para pengumpul.
3. Cream – Disraeli Gears (1967)
Cover album yang begitu menonjol dengan perpaduan warna yang mengejutkan mata. Album ini sangat mewakili Cream sendiri yang mengusung psychedelic rock / blues. Seniman asal Australia, Martin Sharp adalah orang yang membuat artwork ini.
Berkat album ini, band besutan Eric Clapton ini meraih kedudukan kelima di UK Album Chart serta mengalahi Amerika dan menjadi album paling laris di tahun 1968 dan meraih peringkat 4 di tangga lagu amerika.
Album ini sendiri sempat dimaster semula pada tahun 1998 dan pada tahun 2004 dirlis ulang double CD dengan bungkusan Deluxe Edition.
2. Pink Floyd – Dark Side Of The Moon (1973)
Sebuah album yang masih dipuja hingga saat ini, di mana karya-karya fenomenal lahir. Masih dengan rock psychedelicnya yang disetting secara mewah baik dari lagu, suara, serta iramanya yang keras.
Untuk reka bentuk cover ringkas dan mudah sekali diingat. Orang bakal tahu ketika melihat gambar sebuah cahaya yang menembusi segi tiga dan membias menghasilkan warna pelangi. Artwork ini dibuat oleh Hipgnosis dan George Hardle.
1. The Beatles – Sgt Pepper’s Lonely Hearts Club Band (1967)
Banyak yang mengatakan jika di album ini The Beatles mengubah konsep muziknya lebih psychedelic dan membuat beberapa fansnya menjauhkan diri. Namun kenyataanya album ini adalah sebuah masterpiece yang mengubah susunan muzik ketika itu.
Boleh dikatakan setiap lagu di album ini terkonsep dan berkaitan antara satu sama lain, walau tanpa ada single hits. Ini kerana intipati album ini akan berkurang jika tidak didengar secara keseluruhan.Album ini The Beatles memaparkan 60 orang terkenal yang disukai oleh John Lennon, aul McCartney, George Harrison dan Ringo Starr yang diantaranya adalah penulis, pemuzik, bintang filem. Seniman Peter Blake dan Jann Haworth adalah orang yang mendesain cover album ini. Dibantu oleh Michael Cooper sebagi jurugambar. Album tersebut memenangi Grammy Award sebagai album terbaik. Oleh majalah muzik terkemuka Rolling Stone, album ini dinobatkan sebagai album terbaik dari 500 album terbaik sepanjang masa mengalahkan album-album Beatles lain.
0 Komentar untuk "Inilah 7 Cover Album Rock Terbaik Sepanjang Zaman"