POZNAN, - Unggul lebih dulu berkat gol Andrea Pirlo, Itali akhirnya bermain seri 1-1 dengan Croatia, pada laga kedua Kumpulan C Piala Eropah 2012, di Stadium Municipal Poznan, Kamis (14/6/2012). Gol Croatia dicetak Mario Mandzukic. Dengan hasil ini, Itali berada di peringkat kedua liga sementara Kumpulan C dengan dua mata.
Namun, kedudukan mereka terancam direbut oleh Sepanyol yang beberapa saat lagi akan menghadapi Ireland. Sementara Croatia yang kukuh di puncak liga dengan empat mata. Pertandingan bermula dengan tempo lambat. Itali lebih dulu mendapat peluang pada minit ke-11 lewat tendangan spekulasi Claudio Marchisio dari luar kotak penalti.
Namun, bola tendangan keras pemain tengah Juventus itu masih tipis melencong di atas mistar gawang penjaga gol Stipe Pletikosa. Itali kembali mendapat peluang melalui Antonio Cassano pada minit ke-33. Mendapat umpan terobosan perut, "Peter Pan" - sebutan Cassano - terlepas dari perangkap off-side pemain belakang Croatia. Namun, usahanya masih belum berjaya kerana bola melebar ke sisi kanan gawang Pletikosa.
Namun, penjaga gol Croatia itu akhirnya menyerah di kaki Andrea Pirlo pada minit ke-39. Gol bermula dari pelanggaran barisan belakang Croatia terhadap Balotelli di depan kotak penalti. Pirlo mampu memaksimumkan pelanggaran itu dengan menjaringkan gol dari tendangan bebas yang terarah ke sudut kanan gawang tanpa mampu ditepis Pletikosa.
Selepas turun minum, Croatia langsung tampil menekan. Beberapa kali kombinasi Luca Modric dan Ivan Rakitic mengancam barisan pertahanan Itali yang dipimpin Giorgio Chiellini. Pada minit ke-69, Mario Mandzukic hampir membuat penyokong Itali mendiamkan, jika tendangannya tak mampu dihalau Buffon dengan cukup baik.
Tiga minit berselang, Mandzukic akhirnya berjaya membuat Buffon memungut bola dari gawangnya setelah menjaringkan gol sekaligus menyamakan kedudukan menjadi 1-1. Menerima umpan silang dai Ivan Strinic, Ia mengawal bola dengan baik, sebelum melepaskan tendangan keras ke arah gawang dan gol.
Gol itu membuat semangat pemain Croatia meningkat. Hingga minit-minit akhir, beberapa kali mereka mengancam gawang Itali. Sementara, Itali pun tak tinggal diam, beberapa kali Antonio Di Natale membuat repot pertahanan Croatia. Namun, hingga pengadil meniup wisel panjang skor 1-1 tetap berlangsung.
Menurut catatan UEFA, sepanjang pertandingan, Itali menguasai bola sebanyak 52 peratus dan melepaskan tujuh tembakan tepat dari 15 usaha. Sementara, Croatia menciptakan tujuh peluang emas dari sembilan kali percubaan.
Terima kasih Telah Membaca Artikel Di tabekpuang.blogspot.com- Jika Artikel Ini Dirasa Bermanfaat Tolong Share Kepada rakan-rakan Anda dan Like Page atau Follow Kami.
0 Komentar untuk "Keputusan Seri 1-1 Dengan Croatia,Kedudukan Italy Terancam Di Kumpulan C"