Polis Yunnan, China, menahan seorang lelaki yang didakwa melakukan pembunuhan dan amalan kanibalisme terhadap belasan mangsanya. Suspek juga dipercayai menjual daging-daging manusia ke pasar, menipu dengan mengatakan bahawa itu daging binatang.
Diberitakan China Post, Sabtu 26 Mei 2012, Zhang Yongming ditahan polis Yunnan dua minggu lalu di rumahnya di desa Nanmen. Dia diduga terlibat dalam kes kehilangan belasan pemuda sejak tahun lalu.
Ketika menggeledah rumah lelaki 56 tahun ini, polis kaget. Di dalam bilik rumahnya, terdapat daging-daging manusia yang digantung sebarang untuk dikeringkan. Di sebuah botol, polis menemui dua bola mata manusia yang direndam di dalam arak.
Polisi menduga, selain memakan sendiri daging-daging tersebut, Zhang memberikannya untuk makanan tiga anjingnya. Polisi juga mengatakan bahawa Zhang dikhuatiri telah menipu peniaga di pasar yang membeli daging manusia darinya. Ketika menjualnya, Zhang mengaku bahawa itu adalah daging burung unta.
Bukan kali ini saja Zhang terlibat dalam kes pembunuhan. Sebelumnya, dia dipenjara selama 20 tahun kerana membunuh. Oleh para jirannya, Zhang digelar sebagai "monster kanibal." Jiran Zhang mengaku sering melihat lelaki pendiam ini menggantung plastik hijau di rumahnya, dengan tulang putih menyembul keluar.
Para pelapor awalnya mengesyaki keluarga mereka hilang akibat diculik dan kerja paksa di kilang batu bata. Menurut Tencent, salah satu portal berita di China, mangsa Zhang diduga berjumlah hingga 17 orang.
Kanibalisme di China marak sejak terjadinya wabak kelaparan saat industrialisasi negara itu gagal pada tahun 1950an. Pelbagai kes kanibalisme individu terjadi pada Revolusi Budaya dari tahun 1966 hingga 1976, sebagai bentuk perlawanan terhadap musuh komunis. (tm)
Terima kasih Telah Membaca Artikel Di tabekpuang.blogspot.com- Jika Artikel Ini Dirasa Bermanfaat Tolong Share Kepada rakan-rakan Anda dan Like Page atau Follow Kami..
0 Komentar untuk "Kanibal Di China Menjual Daging Manusia Di Pasar"