>>>>>

Bruschi, Anjing Dengan Mata Terbesar di Dunia




Seekor anjing Boston Terrier berjaya mendakwa Guinness World Record untuk anjing dengan mata yang terbesar di dunia.

Bruschi yang berumur empat tahun tersebut mencatatkan namanya kedalam buku rekod berkat matanya yang berukuran 1.1 Inci (28mm).

Anjing kecil yang menggemaskan ini tinggal bersama pemiliknya Victoria Reed dan saudaranya Toby di Texas.

Reed memutuskan untuk mendaftarkan Bruschi ke Guinness, setelah teman, keluarga dan bahkan doktor haiwan mengulas tentang mata anjingnya tersebut.

Orang-orang di Guinness terus mengambil kesempatan ini untuk bertemu Bruschi, dan tak lama kemudian ia ditetapkan sebagai anjing dengan mata yang terbesar di dunia.

"Saya rasa dia (Bruschi) akan sangat senang tentang itu ... Beberapa orang mentertawakan dia kerana penampilannya, tapi aku merasa saat ini ia sepertinya kana berkata kepada mereka bahawa ia mencetak rekod dunia kerana penampilannya" katanya kepada Guinness.

Reed mengatakan bahawa ia menamakan anjingnya tersebut seperti bekas pemain tengah New England Patriots, Tedy Bruschi.

Bruschi diterima oleh Reed pada tahun 2009 ketika dia melihatnya di Operation Kindness, sebuah tempat penampungan dekat Arlington, Texas

Terima kasih Telah Membaca Artikel Di tabekpuang.blogspot.com- Jika  Artikel Ini Dirasa Bermanfaat Tolong Share Kepada rakan-rakan Anda dan Like Page atau Follow Kami..
0 Komentar untuk "Bruschi, Anjing Dengan Mata Terbesar di Dunia"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info