>>>>>

Wanita Jadi Inspirasi Kerana Berjaya Atasi Penyakit Anoreksia (3 Gambar)


Wanita Jadi Inspirasi Kerana Berjaya Atasi Penyakit Anoreksia1.jpg


SEORANG wanita ini telah menjadi inspirasi ramai orang di luar sana selepas melihat kejayaannya mengatasi masalah yang dihadapi.

Megan Jayne sebelum ini dikatakan tidak mempunyai nyawa yang panjang selepas dia disahkan menghidap anoreksia kerana menghadapi masalah makan.

Namun begitu, segalanya telah berubah selepas wanita itu nekad untuk mengubah gaya hidupnya dan menjadi individu yang lebih sihat.

Wanita Jadi Inspirasi Kerana Berjaya Atasi Penyakit Anoreksia2
Megan yang sebelum ini hanya memiliki berat badan seberat 28 kilogram telah menghadapi masalah itu sejak dia berusia 5 tahun lagi.
Dengan bantuan bapanya, wanita itu cuba mengatasi masalah pemakanannya selama ini dan dalam tempoh setahun, Megan tampil dengan tubuh badan baharu dan cuba membawa impak positif kepada masyarakat.
Kini dia begitu semangat dan gembira menunjukkan tubuh badan gempalnya dengan hanya berbikini di laman Instagram serta menyeru orang ramai untuk bersyukur dengan tubuh badan yang mereka miliki.
Wanita Jadi Inspirasi Kerana Berjaya Atasi Penyakit Anoreksia3
“Saya cuba untuk menunjukkan taraf kecantikan di kaca televisyen dan majalah tidak semestinya menggembirakan.
“Jika saya boleh jatuh cinta dengan tubuh badan saya selepas mengharungi dugaan sebelum ini maka semua orang juga boleh, mereka hanya perlu percaya bahawa mereka layak untuk mendapatkannya,” ujarnya.
– Agensi/MYNEWSHUB.CC
Wanita Jadi Inspirasi Kerana Berjaya Atasi Penyakit Anoreksia1
0 Komentar untuk "Wanita Jadi Inspirasi Kerana Berjaya Atasi Penyakit Anoreksia (3 Gambar)"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info