>>>>>

Video,Memilki Kelainan Genetik, Gadis Muda Ini Tidak Miliki 'Wajah'

Seorang wanita muda di India menghabiskan seumur hidupnya tanpa mempunyai "wajah". Selama 21 tahun hidupnya, walaupun dia tidak tahu yang dirinya mempunyai mata atau juga hidung.

Khadija Khatoon, dari Kolkata India Timur dilahirkan dalam keadaan mempunyai kelainan bentuk pada wajahnya. Dia dilahirkan dengan mata kecil dan tidak pernah  melihat dunia. Seiring pembesarannya, kelainan bentuk wajahnya pun semakin tidak terkawal.




 Khadija yang dilahirkan dalam keluarga miskin, tidak pernah pergi sekolah dan dipulaukan oleh jirannya. Satu-satunya teman yang dia miliki adalah keluarganya. Meskipun demikian, Khadija mengaku dirinya bahagia dengan kehidupannya.

Doktor pun sudah mengatakan jika tidak ada yang boleh dilakukan terhadap wanita muda ini. Mereka mengesyaki Khadija mengalami Neurofibromatosis , sebuah keadaan yang jarang berlaku yang menyebabkan tumor tumbuh di sepanjang saraf.



 Kedua-dua ibubapanya menyedari kelainan ini saat Khadija tidak juga membuka matanya dua bulan selepas dilahirkan. Ketika dibawa ke hospital, Khadija dirawat selama enam bulan dan dilakukan pelbagai ujian. Tapi pada akhirnya doktor mengatakan jika tidak ada yang boleh mereka lakukan.

Doktor Anirban Deep Banerjee, seorang neurosurgeon dari Hospital Apollo, Kolkata, mengatakan Khadija mungkin saja mengalami "tumor fatal" di dalam wajahnya. Dia berharap agar ibubapanya akan membawa Khadija untuk melakukan ujian gen. "Jika dia mahu, kita akan melakukan pelbagai ujian untuk melihat seberapa besar kemungkinan pembedahan boleh berjaya," ungkap Dr Aniban.

Melihat perkara ini, seorang pegawai kerajaan tempatan, Rupak Dutta, berinisiatif untuk membuat kutipan dana untuk Khadija. Saat ini dirinya sedang berbincang dengan NGO tempatan yang akan membantu Khadija bertemu dengan pakar untuk membincangkan kemungkinan dilakukan pembedahan.


Jom saksikan video berikut ini;
0 Komentar untuk "Video,Memilki Kelainan Genetik, Gadis Muda Ini Tidak Miliki 'Wajah' "

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info