Sebuah
video mengerikan yang merakam suasana bas sebelum jatuh ke dalam gaung
sedalam 400 meter tersebar di internet. Video dari rakaman CCTV itu
memperlihatkan saat-saat sebelum kemalangan nahas ini berlaku.
Bas tersebut jatuh di Bandar Guiyang, Provinsi Guizhou, China, pada
bulan Julai lalu. Menurut polis tempatan, bas yang membawa 23 penumpang
itu tergelincir akibat jalanan yang licin dan berlumpur.
Si
pemandu masih berusaha mengawal bas selama beberapa saat. Namun, usaha
itu sia-sia dan para penumpang kelihatan bertaburan di dalam kenderaan
semasa bas terjun bebas di gaung yang dalam.
13 mangsa cedera
serius dan satu orang meninggal di tempat kejadian. Pelbagai kru
penyelamat dari polis, ambulans, serta bomba memberikan pertolongan.
0 Komentar untuk "Video Ngeri Suasana Penumpang Bas Sebelum Jatuh ke Dalam Gaung. "