>>>>>

Senarai Makanan Yang Dinikmati Oleh Bintang The Rock Setiap Hari (7 Gambar)


Berketinggian 6 kaki 7 Inci, dan berat mencecah 270 Paun (122.47 KG) Bintang Hollywood dan juga bekas ahli sukan Wrestling WWE ini mampu membuatkan penonton kagum setiap kali beliau beraksi di depan kaca TV.

Tetapi bagi Dwayne ‘The Rock’ Johnson, untuk memiliki bentuk badan yang sasa dan tegap seperti itu bukanlah suatu perkara yang biasa dan ia tidak datang semudah rutin senaman harian yang selalu kita lihat.

Untuk bergelar bintang Hollywood beliau perlu terikat kepada beberapa rutin diet yang benar-benar ketat dan ekstrim, dan perlu mengambil sejumlah mungkin jumlah kalori yang diperlukan setiap hari.

Dari portal Inggeris DailyMail.UK memberitahu, jumlah kalori yang diambil oleh The Rock adalah 5165 kalori/sehari dan perlu makan sebanyak 10 Paun (4 Kilo) sehari. Setiap hidangan wajib mengandungi karbohidrat dan protein yang secukupnya.
Sarapan Pagi: Selepas sesi kardio pada awal pagi, ini adalah hidangan pertama The Rock
Aktor berusia 43 tahun ini mendedahkan beliau perlu bersenam seawal 4 pagi dan makanan yang disenaraikan oleh pakar diet beliau terdiri daripada daging, ikan, telur, nasi dan sayuran. Itu adalah hidangan wajib yang The Rock perlu makan setiap hari disamping menghabiskan masa sepenuhnya di Gymnasium- harianblogger.com
Makan Tengahari: Daging/ayam serta secaawan nasi dan sedikit sayur sebagai syarat makan tengahhari The Rock
Petang: Antara makanan kegemaran adalah Ikan Kod sayuran dan juga nasi.
Hidangan lewat petang: The Rock bertukar dari nasi kepada hidangan stik dan kentang bakar
Beberapa waktu selepas hidangan lewat petang, The Rock perlu menikmati hidangan Ikan Kod, nasi dan juga sayuran
Hidangan lewat malam (Sebelum tidur): Pada bahagian akhir ini, beliau perlu menghabiskan 10 biji telur putih (Omelette Egg) sebagai hidangan akhir diet harian.
0 Komentar untuk "Senarai Makanan Yang Dinikmati Oleh Bintang The Rock Setiap Hari (7 Gambar) "

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info