Kejadian ini berlaku di Segamat, Johor di mana seorang peniaga makanan bukan sahaja terkejut apabila mengetahui gerainya di Jalan Medoi, di sini, diceroboh masuk, kelmarin, malah turut mendapati penjenayah sempat memasak sebelum melarikan tong gas dan beberapa peralatan perniagaannya.
Katanya, dia percaya penjenayah menceroboh masuk selepas mengumpil besi jeriji tingkap di bahagian dapur berdasarkan kesan yang ditinggalkan.
“Apa yang mengejutkan, penjenayah turut sempat memasak kerana terdapat beberapa biji jemput-jemput yang ditinggalkan di atas dapur. Saya tidak tahu bila premis ini diceroboh, tetapi apa yang pasti penjenayah sempat memasak dan makan sebelum beredar bersama dua tong gas dan beberapa peralatan perniagaan saya,” katanya.
0 Komentar untuk "Perompak Sempat Masak Cekodok Sebelum Curi Tong Gas"