Banyak restoran yang menarik pelanggannya dengan menggunakan pelayan yang bertubuh langsing dan seksi. Namun, sebuah kafe unik di Akihabara, Tokyo, mempunyai pendapat berbeza mengenai kriteria pelayan di kafenya.
Sebuah kafe bernama Shangrila, memilih wanita-wanita dengan badan besar sebagai pelayan di kafenya. Menurut pemiliknya, perkara ini dilakukan untuk menggalakkan pemikiran positif mengenai bentuk tubuh bagi remaja Jepun.
Para pekerja di tempat ini pun sering mendapat jolokan sebagai gadis marshmallow. Menariknya, meskipun mempunyai pelayan dengan saiz badan besar, kafe ini sama sekali tidak menjual makanan ringan.
Sebaliknya, mereka justru membuat makanan fresh yang dimasak oleh chef dari Itali menggunakan bahan organik. Jika berminat mengunjunginya, kafe ini akan dibuka setiap hari bermula pukul 11 pagi hingga 11 malam selepas tarikh 27 November mendatang.
0 Komentar untuk "Pelik..!! Pelayan di Cafe Ini Semuanya Gadis Chubby. "