Seorang wanita berusia 63 ditemui menangis di tepi jalan bandar Hangzhou, China, dan perkara tersebut mendadak jadi perhatian media. Wanita bernama Ding Liang tersebut menempuh perjalanan selama 5 jam untuk bertemu anak lelakinya yang baru saja dikurniakan anak. Namun ternyata ia telah ditolak oleh anaknya sendiri kerana wajahnya hodoh.
Kisah tersebut menjadi perbincangan hangat di internet dan dibincangkan pelbagai media. Ding Liang berkata beberapa tahun lalu anak lelakinya pergi ke Hangzhou dari kotanya yang kecil untuk belajar dikolej hingga akhirnya bekerja sebagai penjual kereta dan berkahwin. Semasa menikah pun, anak lelakinya tidak mengakui hubungan mereka sebagai anak dan ibu kerana malu.
Sejak itu anaknya mulai putus hubungan dengan keluarganya di kampung, tidak pernah menghubungi dan hanya berbual ketika Ding Liang menghubunginya. Sebenarnya ia tidak keberatan diperlakukan demikian tapi semasa anaknya mengatakan isterinya melahirkan anak maka Ding Liang ingin melawat cucunya itu.
"Aku tidak kisah diperlakukan demikian kerana dia sudah mempunyai kehidupannya sendiri. Aku faham jika dia tidak menelefonku tapi semasa mengatakan isterinya telah melahirkan anak, aku ingin mengunjunginya dan memberikan cucuku hadiah, "tuturnya "Tapi dia menyatakan aku jangan datang. Aku akan membuatnya malu kerana muka saya sangat hodoh. "
Pada masa mengatakan ingin melawat anaknya, suami Ding Liang juga melarang. Namun ia tetap pergi dengan mengenakan baju baru yang dibelinya khas dan membungkus hadiah dalam karung. Beliau menaiki bas dan menelefon anaknya apabila tiba kerana tidak mempunyai alamatnya namun tidak dijawab.
Ding Liang pun menunggu sepanjang hari di jalanan tanpa kepastian meskipun sudah menghubungi pejabat tempat anaknya bekerja. Kakitangan di sana sudah membantu mencari namun juga tidak mendapat jawapan. Semasa itulah Hsin Pai melihat Din Liang dan akhirnya memanggil wartawan untuk membuat liputan kisahnya yang memilukan.
Akhirnya, Ding Liang terpaksa kembali ke kampung dengan membawa hadiah yang susah payah dibawanya demi cucunya.
0 Komentar untuk "Kejam..Anak Buang Ibu Sendiri Kerana Di Anggap Hodoh "