>>>>>

Jantung Lelaki Ini Tidak Pada Tempatnya, Bagaimana Boleh?

Membesar dengan jantung yang tidak pada tempatnya dan masih hidup, tentu kita bertanya-tanya bagaimana boleh. Hal ini dialami oleh pemuda berasal dari India, Arpit Gohil asal Gujarat. Nasib malang menimpanya dengan lahir dalam keadaan jantung yang tumbuh di luar tulang rusuk. Secara semula jantung manusia berada pada rongga dada dan terletak di antara kedua-dua paru-paru yang dilindungi oleh tulang rusuk.

Saat Arpit lahir dengan keadaan tersebut, doktor telah memberi amaran kepada ibu bapanya bahawa Arpit akan sukar bertahan hidup. Namun, seperti yang diketahui hingga Arpit berusia 18 tahun, dia masih hidup bahkan boleh bekerja dengan normal. Kekurangannya lantas tidak membuat nya menyerah meski ia tahu bahawa hal tersebut dapat membunuhnya tiba-tiba.

Hal ini dapat dibuktikan dengan dia yang membantu ayahnya bekerja pada ranch di Gujarat, India. Bahkan Arpit mampu melakukan kerja yang sedikit berat seperti mengolah sawah, menaiki speda dan memandu traktor. Ia mengatakan bahawa ia tidak mempunyai masalah dan telah terbiasa hidup dengan keadaan seperti sekarang iaitu dengan jantung berada di luar tulang rusuk.

Bila ditinjau dari segi perubatan, kejadian ini disebut dengan patology Of Cantrell yang mempengaruhi perkembangan janin dan menyebabkan bayi lahir dengan organ vital tumbuh di luar kedudukan asalnya. Keadaan Arpit sungguh sangat membahayakan terlebih dengan kegiatan yang dia kerjakan.

Menurut doktor pakar jantung, keadaan Arpit sungguh sangat terdedah, pasalnya kemalangan kecil semasa bekerja seperti terpleset atau jatuh boleh membahayakan keadaannya. Doktor tersebut juga tidak tahu sampai bila-bila Arpit dapat bertahan dengan keadaan tak lazim ini terlebih ia bekerja di sebuah ladang dan sudah pasti tidak selamat bagi Arpit.

Dengan keadaan seperti ini, tentu operasi sangat dianjurkan untuk Arpit dan beberapa pihak juga tentu saja sudah menyarankan agar Arpit dibedah untuk memperbaiki letak janutng Arpit.

Namun, Vikambrai, ayah Arpit sepertinya belum bersetuju dengan idea ini. Ia menegaskan bahawa anaknya dalam keadaan baik-baik saja. Bahkan sejak kecil keadaan Arpit tidak pernah mengalami komplikasi seperti yang dikhuatiri oleh banyak orang. Menurutnya keadaan Arpit sejak kecil kelihatan lebih sihat walaupun dibandingkan dengan anak-anak normal yang lain. Hal ini yang membuat ia tidak membawa Arpit ke doktor untuk melakukan pembedahan.
0 Komentar untuk "Jantung Lelaki Ini Tidak Pada Tempatnya, Bagaimana Boleh?"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info