>>>>>

Burger Terhebat Di Dunia Sebenarnya Tiada Daging? (Gambar)

Sebiji burger di bandar New York City telah dinobatkan sebagai burger terhebat di dunia dan menariknya lagi burger ini tidak diletakkan daging didalamnya.


Menurut laporan Metro UK, hidangan burger yang dikenali sebagai Superiority Burger ini dijual pada harga AS$6 (RM26).

Ia diapit dengan ban, daun salad dan tomato serta jeruk timun dan sos, 100% tidak menggunakan daging ia hanyalah campuran sayur-sayuran didalamnya menjadikan burger ini dinamakan oleh GQ Magazine sebagai burger terhebat di dunia.

Pemilik bersama restoran East Village Superiority Burger, Brooks Headly tidak mahu mendedahkan apakah rahsia 'daging' burger tersebut. Beliau sekadar memberitahu kepada media ia hanyalah campuran sayur-sayuran membentuk seakan-akan patti daging.


Burger vegetarian semakin digemari kerana ia dianggap sebagai hidangan diet paling menyihatkan dan semakin mendapat sambutan hangat di negara Uncle Sam itu.

Ada pelanggan memberitahu, mereka tidak perlu lagi menikmati daging jika ingin mendapatkan hidangan burger yang sempurna, keenakan sayur-sayuran didalamnya ditambah dengan kelembutan ban roti cukup memberikan kepuasan ketika menikmati hidangan tersebut. -HarianBlogger.Com
0 Komentar untuk "Burger Terhebat Di Dunia Sebenarnya Tiada Daging? (Gambar) "

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info