Hal itu juga membuatkan Mardee Shackleford, 21 tahun; sering kali mencuri tumpuan sehinggakan dia selalu diserbu orang ramai di tempat awam kerana menyangka dia adalah penyanyi tersohor itu.
Miley Cyrus (Kiri), manakala Mardee (Kanan).
“Kadangkala saya rasa seakan-akan saya betul-betul terkenal atau seorang selebriti, ia sangat menyeronokkan bagi saya,” ujar Mardee
Bapa Miley, Billy Ray Cyrus yang secara kebetulan bertemu dengan Mardee di sebuah konsert juga mengakui sangat kagum dan terkejut melihat wajah gadis yang mirip dengan anaknya itu.
Selain memiliki wajah yang sama, Mardee dan Miley juga dikatakan mempunyai banyak persamaan antaranya suka menjelirkan lidah.
Sebelum ini, seorang wanita dari Brazil juga telah mendapat perhatian umum kerana memiliki iras wajah yang sama dengan pelakon menawan di Hollywood, Megan Fox.- MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Biar Betul..Gadis Ini Sering Diserbu Peminat Kerana Mirip Miley Cyrus"