Sebut saja Kalanishkov, bagi mereka yang mengikut industri
persenjataan pasti tahu tentang jenama yang menjadi pengeluar senjata
mega di Rusia ini.
Izhmash – merupakan pengeluar terbesar produk ketenteraan seperti
senjata automatik dan snipper, peluru meriam, serta pelbagai produk
senjata untuk awam seperti senapang patah, senapang sukan dan peralatan
untuk mesin.
Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 1807 di Izhevsk, sebuah bandar
yang terkenal dengan sejarah ‘gunsmith’ yang terletak kira-kira 600 batu
ke utara-timur Moscow.
Bangunan kilang senjata ini merupakan yang pertama mengeluarkan senjata
Rifle AK-47 berskala besar yang kemudiannya mengubah lanskap pengeluaran
senjata kepada saiz yang lebih kecil. Kalanishkov merupakan antara siri
ciptaan senapang serangan paling cemerlang pada abad ke-20.
Semuanya bermula sewaktu perang Great Warrior meletus, seorang pemandu kereta kebal bernama Mikhail Kalashnikov yang menyertai barisan hadapan telah mengalami kecederaan teruk. Sewaktu terlantar di katil, Mikhail mula berfikir untuk mencipta ‘submesin gun’ yang sangat diperlukan oleh tentera Rusia yang sedang berjuang di medan perang pada ketika itu.
Tanpa sebarang latihan dan pengalaman kejuruteraan, Kalanishkov mula
melakar, mereka bentuk, melakukan ujian dan berbincang dengan mereka
yang pakar dalam bidang senjata. Beliau akhirnya ditawarkan bekerja
dengan biro rekabentuk tentera dan menerima latihan secara professional.
Dari awal Kalanishkov telah menetapkan prinsip reka bentuk bagaimanakah
yang beliau inginkan pada rifel ciptaannya; ringkas dan boleh dipercayai
penggunanya. Walau bagaimana pun, kejayaan bukanlah mudah baginya.
Hanya pada tahun 1947 selepas beberapa siri kegagalan pada prototaip
yang dibina, rekabentuk ciptaan Kalanishkov telah diterima sewaktu dalam
satu pertandingan yang dianjurkan oleh ajensi pertahanan.
Meskipun menerima saingan sengit dari pengeluar senjata ternama lain di
pertandingan tersebut, Kalanishkov layak ke pusingan ke 2 dan seterusnya
mara ke pusingan akhir.
Pada tahun 1949, Kalanishkov melihat ciptaan beliau mula diterima
sebagai satu standard senjata tentera Rusia. Beliau kemudiannya menerima
anugerah Stalin, satu anugerah yang berprestij. Sejak itu beliau
menghabiskan 60 tahun hidupnya bagi menambah baik ciptaannya.
Hingga ke akhir hayatnya pada tahun 2013 Kalanishkov yakin senapang AK
yang telah dinaik taraf itu akan kekal menguasai pasaran untuk
sekurang-kurangnya 25 tahun akan datang sehingga senapang kartrij yang
berkuasa tinggi dan lebih baik dicipta. Secara umum, pembuat senjata
akan terus mereka bentuk senjata untuk ketepatan yang lebih baik dan
mampu menembusi perisai badan yang lebih moden serta halangan cahaya.
Sehingga kini, senjata yang dikeluarkan dari kota “Izhmash” ini telah
dipasarkan ke 27 negara termasuk US, UK, Jerman, Norway, Itali, Kanada,
Kazakhstan dan Thailand. Pada Ogos 2013, Izhmash dan Izhevsk Mechanical
Plant telah bergabung dan dinamakan dengan nama baru iaitu Kalashnikov
Concern.
Rujukan: TheVocket
Semuanya bermula sewaktu perang Great Warrior meletus, seorang pemandu kereta kebal bernama Mikhail Kalashnikov yang menyertai barisan hadapan telah mengalami kecederaan teruk. Sewaktu terlantar di katil, Mikhail mula berfikir untuk mencipta ‘submesin gun’ yang sangat diperlukan oleh tentera Rusia yang sedang berjuang di medan perang pada ketika itu.
Rujukan: TheVocket
0 Komentar untuk "10 Gambar Proses Pembuatan Senjata Terkenal Rusia -Automatic Kalanishkov "