>>>>>

Wow..Inilah Jambatan Gantung Kaca Terpanjang Di Dunia



Jambatan Gantung Kaca Terpanjang Di Dunia

Kepada mereka yang takut dengan ketinggian, pasti mereka anda berfikir dua kali jika mahu menyeberang jambatan gantung yang berlantaikan kaca. Jambatan gantung kaca ini berada di Taman Shiniuzhai, China yang mempunyai 300 meter yang merentasi dua buah bukit dan ketinggian jambatan ini berada pada 183 kaki dari aras tanah..

Jambatan Gantung Kaca Terpanjang Di Dunia
Jambatan gantung kaca ini di istihar antara jambatan gantung kaca terpanjang dunia ketika ini. Sejarah pembinaan jambatan gantung ini memerlukan 11 jurutera bagi melaksana pembinaan jambatan berlantaikan kaca berjalan lancar tetapi pada permulaan pembinaannya, lantainya menggunakan kayu sebelum ditukar kepada kaca pada tahun 2014. Jurutera terbabit memberi jaminan bahawa jambatan ini selamat digunakan kerana mereka menggunakan kaca 25 kali kuat berbanding kaca tingkap bangunan.

Jambatan Gantung Kaca Terpanjang Di Dunia

Untuk melalui jambatan gantung ini, pelawat perlu memakai alas kasut bagi mengelakkan lantai kaca menjadi calar dan kotor. Dengan kewujudan jambatan ini dan menjadi sebutan nitezen, ia telah menajdi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara yang manyahut cabaran melalui janbatan gantung kaca ini. Difahamkan, jurutera terbabit memberitahu mereka sedang membuat satu projek di Zhangjiajie, China yang merentasi tebing setinggi 299 meter.
0 Komentar untuk "Wow..Inilah Jambatan Gantung Kaca Terpanjang Di Dunia"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info