SEORANG wanita yang merupakan ahli bina badan dari Britain ini
dikatakan sedang mengejar dan memburu gelaran yang diidamkannya selama
ini iaitu menjadi doktor pergigian paling kuat di negaranya.
Natalia Rosenchein, 22, adalah seorang pelajar dalam bidang pergigian
dan dia juga merupakan ahli bina badan yang menduduki kelompok teratas
dalam dunia.
Wanita ‘besi’ itu yang kini belajar di Universiti Newscastle bakal menamatkan pengajiannya pada tahun 2017 nanti.
Natalia mula berjinak-jinak dalam sukan bina badan ini selepas
kakinya mengalami kecederaan satu ketika dahulu dan terpaksa memulakan
rutin mengangkat berat untuk mengembalikan ketahanan kakinya.
Walau bagaimanapun, rutin hariannya ketika itu telah membuatkan dirinya terasa bertenaga serta menjadi satu terapi kepadanya.
Sejak daripada itu, minatnya terhadap sukan bina badan semakin
mendalam dan dia juga mula menyertai pertandingan sukan tersebut di
seluruh dunia.
“Saya sering berjenaka dan memberitahu orang bahawa saya membina badan adalah untuk menarik gigi pesakit yang datang.
“Saya sudah mencabut berdozen-dozen gigi namun pesakit saya
tidak perasan kerana saya memakai seragam. Mereka terkejut selepas
mendapati saya adalah ahli bina badan.
“Doktor gigi paling kuat adalah gelaran impian saya. Ia kedengaran menarik.” katanya.
Natalya juga menyifatkan dirinya sebagai unik kerana sebelum ini
masih tiada pelajar pergigian mahupun pelajar perubatan melakukan
perkara sebegini.
Baru-baru ini wanita tersebut telah menduduki kelompok 5 teratas dalam pertandingan Muscle Beach di Los Angeles.
Sekarang Natalya sedang bertanding dalam British Championships
pusingan akhir di Nottingham dan akan melonjakkan kakinya ke sukan
Olimpik bina badan sekiranya dia menjuarai pertandingan tersebut
0 Komentar untuk "Wanita Ini Mahu Jadi Doktor Gigi Paling Kuat Di Britain"