Vanessa
Santillan, seorang pondan dan juga pelacur dipukul hingga mati oleh
`suaminya’ selepas lelaki berkenaan mendapati dia sedang mengadakan
hubungan seks dengan pelanggannya di rumah mereka di London.
Dalam perbicaraan kes bunuh itu, mahkamah dimaklumkan bahawa Vanessa mengawal hidup Joaquin dan lelaki itu yang merupakan seorang penganggur kerap meminta wang daripadanya.
Pendakwaraya, Brendan Finucane QC ketika memberitahu mahkamah berkata, pada hari kejadian, Joaquin telah masuk ke dalam bilik di mana Vanessa dan pelanggannya sedang melakukan hubungan seks.
“Ketika Joaquin merenung Vanessa, mangsa membalas semula renungan itu seolah-olah memberitahu tertuduh supaya tidak menganggunya,’’ katanya.
Tertuduh, ujarnya, telah keluar dari rumah menuju ke pusat hiburan dan rakan-rakannya yang menemui Joaquin memberitahu lelaki itu membawa wang beberapa helai wang kertas dan mukanya juga terdapat kesan calar.
0 Komentar untuk "‘Suami’ Bunuh Pondan Ketika Sedang Layan Pelanggan Atas Katil"