Semuanya sudah dimiliki oleh Matthew Avedian, namun ternyata hal tersebut belum cukup membuat lelaki ini puas. Lantas apa yang masih dicarinya?
Seperti yang dipetik AsianTown, selama 30 tahun lelaki ini dalam kebohongan dan menjaga rahsia besar dalam dirinya. Hingga pada akhirnya, ia memutuskan mengikuti kata hati untuk berubah iaitu menjadi seorang perempuan.
Ya, pada November 2012 silam, bekas marin di Amerika Syarikat ini melakukan operasi transgender untuk menjadi seorang wanita. Prosedur perubatan yang dijalani diantaranya hair removal, operasi payudara, serta operasi penurunan berat badan, dan lain-lain.
Matthew kecil pernah dipergoki sang ibu ketika cuba memakai pakaian perempuan milik adiknya. Lelaki yang berkelakuan seperti seorang gadis tidak boleh diterima di lingkungan keluarga dan masyarakat di sekitar tempat tinggalnya. Pada akhirnya ia terjun sebagai seorang tentera marin.
Sang isteri pun patah hati apabila mendengar pengakuan dari Matthew, meski menyokong, namun akhirnya mereka bercerai.
Kini, Mathhew telah berubah menjadi Sona, dia kelihatan begitu cantik dan bahagia. Kisah hidup Sona telah memberi inspirasi kepada banyak orang di seluruh dunia yang mengalami masalah jenis kelamin yang sama
0 Komentar untuk "Marin Tampan yang Beristeri dan Beranak Ini Berubah Jadi Transgender"