>>>>>

Kini Gaya Minum Kopi Sambil Cium Kini Trending Di Korea

KOPI dan ciuman adalah dua benda yang menarik bagi semua orang bukan?
Tidak dinafikan minuman kopi merupakan lambang ketenangan bagi segelintir individu manakala ciuman pula adalah satu tanda romantis bagi pasangan yang telah berkahwin.
Namun, bolehkah kedua-dua benda tersebut digabungkan menjadi satu? Sudah tentu boleh! Kreativiti masyarakat di Korea Selatan telah merealisasikan kedua-dua benda tersebut menjadi satu realiti.
8b764d28951497.55db271b292e7

Seorang lelaki tempatan bernama Jang Woo Seok telah menghasilkan satu penutup kopi dengan rekaan bibir dan hidung di penutup cawannya, lapor media negara ‘kimchi’ itu.

Memulakan projek tersebut dengan penghasilan bentuk bibir dahulu, lakaran hidung menyusul selepas dia mendapat ilham hasil melihat patung Greek kuno.

d8180a28951497.55db2583dad38

Pengalamannya pernah minum secawan kopi pada waktu pagi serta memberikan ciuman hangat kepada pasangannya adalah sesuatu perkara yang menarik.

Dan ia sesuatu perkara yang seronok untuk melihat orang ramai membawa cawan kopi berbentuk unik seperti itu setiap hari sehingga ia menjadi trending pulak!

Memang bijak ideanya ini dan bagi individu yang tidak berpasangan bolehlah cium penutup kopi tersebut setiap hari selepas bangun tidur. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

08bb0928951497.55db271b2d6c1

8dcf2a28951497.55db271b32903

8e1cd528951497.55db271b3663a

9ebc5528951497.55db271b31550

d9941e28951497.55db271b2bf20

0 Komentar untuk "Kini Gaya Minum Kopi Sambil Cium Kini Trending Di Korea"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info