Sebuah syarikat diselar selepas gambar
pekerjanya dihukum merangkak di khalayak ramai kerana gagal mencapai
sasaran jualan tersebar di Internet.
Menurut laporan HarianMetro, gambar yang disiarkan Sina Weibo
menunjukkan 10 lelaki dan wanita terbabit merangkak di sekitar Tasik
Ruyi yang popular di Zhengzhou, ibu negeri wilayah Henan.
Mereka dilaporkan pekerja syarikat jualan yang gagal mencapai sasaran ditetapkan majikan.
Disebabkan itu mereka diarah merangkak di laluan kayu mengelilingi tasik
itu walaupun ada pelancong di situ yang tidak melepaskan kesempatan
mengambil gambar.
Malah, seorang pekerja tambahan turut dikerahkan ‘memantau’ pelaksanaan hukuman itu untuk memastikan dilakukan dengan betul.
Pekerja tersebut juga didakwa mengalami kecederaan di lutut.
Tidak dapat dipastikan samada polis sudah menyiasat kes tersebut.
0 Komentar untuk "Jualan Tak Capai Sasaran, Pekerja Dihukum Merangkak Di Khalayak Ramai "