TIDAK hanya menyeronokkan, tetapi tempat
pelancongan juga perlu bersih. Malangnya, beberapa destinasi pelancongan
di dunia adalah terkotor.
Selain Disney World di Florida, ada beberapa destinasi pelancongan yang juga kotor.
Berikut destinasi pelancongan terkotor di dunia.
#1 Disney World di Florida
Mungkin tidak boleh dikira berapa ramai orang yang melawat Disney World
di Florida, Amerika Syarikat. Banyaknya jumlah pengunjung menjadi bukti
Disney World menjadi salah satu destinasi pelancongan yang sangat
popular di dunia.
Sayangnya, banyaknya pengunjung juga membuat Disney World menjadi
destinasi pelancongan terkotor di dunia. Hampir ribuan tangan orang
memegang tunggangan, sehingga boleh bayangkan bagaimana kebersihannya.
#2 Grauman Chinese Theatre, Hollywood
Siapa yang boleh menolak meletakkan tangan mereka ke cetakan tangan
selebriti di halaman depan Teater China? Malangnya, beribu-ribu orang
lain telah menyentuh cetakan tersebut terlebih dahulu. Jadi, boleh
dibayangkan kuman-kuman yang mungkin melekat di sana.
#3 St. Mark Square di Venice
Ribuan merpati membuat pemandangan di St Mark Square di Venice indah.
Ratusan orang akan dengan senang hati bermain-main di antara
merpati-merpati tersebut. Sayangnya, sampah dan kotoran dari merpati
membuat ini kelihatan kotor.
#4 Kuil Karni Mata Rajasthan
Kuil ini ditubuhkan untuk menghormati dewi India, iaitu Karni Mata.
Namun, sayangnya kuil ini juga menjadi rumah bagi ribuan tikus yang
dipercayai jiwa pengikutnya.
Sumber: Totaltravel
0 Komentar untuk "INILAH TEMPAT PELANCONGAN PALING KOTOR DI DUNIA "