GAMBAR seorang ibu yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) melutut meminta maaf kepada anak perempuannya kerana tak mampu belikan telefon bimbit yang mahal kini menjadi viral.
Kejadian yang berlaku di Thailand itu, membuatkan ramai netizen berang dengan sikap biadap si anak apatah lagi ibunya mengalami kecacatan di bahagian kaki.
Si ibu dikatakan bertindak melutut mohon maaf apabila duit yang dibawa tidak cukup untuk membeli telefon bimbit yang diidamkan si anak.
Rata-rata mengutuk kelakuan anak wanita oku tersebut kerana tergamak membiarkan ibunya melutut dalam tempoh lama meskipun telatahnya disaksikan ramai orang di pusat beli belah tersebut.
Kalaulah depan orang macam itu ibunya dilayan, di belakang entah bagaimana agaknya kan.. kesian. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Ibu Dirakam Melutut Sebab Tak Mampu Belikan Anak HP Mahal"