Lima pelancong warganegara China ditahan
dalam Operasi Sting kerana dipercayai menggunakan dadah ‘Nafas Syaitan’,
sejenis dadah dari Columbia untuk memukau dan merompak mangsa mereka.
5 individu terbabit ditahan di Lapang
Terbang Roissy Charles de Gaulle Jumaat lalu dan didapati membawa
€75,000 (RM84,385) dan $16,500 (RM69,662) tunai dengan sebuah termos
yang disumbat penuh dengan barang kemas berharga.
Polis percaya, barang-barang tersebut telah dicuri dari berpuluh-puluh
mangsa yang disember dengan scopolamine, ubat berbahaya yang diekstrak
dari sejenis pokok yang berasal dari Amerika Selatan berupaya membuatkan
mangsa akur dengan kehendak suspek.
Pihak Soviet dan CIA dilaporkan menggunakan dadah itu sebagai serum
untuk menjalankan soal siasat terhadap tawanan perang semasa perang
dingin. Dadah itu juga berupaya membuatkan penggunanya berhalusinasi.
Jika terlebih dos, ia boleh membawa maut.
Berdasarkan siasatan polis selama beberapa hari, kelima-lima individu
berkenaan dipercayai mahu keluar dari negara itu dengan menaiki pesawat
menuju ke wilayah Guangdong, China.
Semasa soal-siasat, kesemua mereka menafikan penggunaan dadah membahaya dan hanya datang ke negara itu sebagai pelancong.
Menurut jurucakap polis, kebanyakan mangsa mereka adalah warga emas.
Salah seorang mangsa yang terlibat melaporkan bahawa dia didekati oleh
seorang wanita Cina yang mengadu kononnya tersesat. Namun secara
tiba-tiba mangsa berada dalam keadaan keliru dan menyerahkan segala
barangnya kepada wanita terbabit.
0 Komentar untuk "Hati-hati Nafas Syaitan Dari Pelancong China (Gambar) "