SHENZEN (China) – Tindakan seorang jururawat menyusukan bayi yang
kelaparan ketika pembedahan di sebuah hospital di sini mendapat pujian
pengguna laman sosial di China.
Gambar Li Baoxia yang menyusu badan bayi berusia sebulan itu viral di Internet dan menyentuh hati sesiapa yang melihatnya.
Bayi itu dilaporkan menangis dan kerap bergerak ketika menjalani satu pembedahan di kepalanya di sebuah hospital di sini.
Keadaan itu menyebabkan doktor sukar melakukan pembedahan kerana boleh membahayakan nyawa bayi berkenaan.
Li yang membantu doktor sepanjan pembedahan kemudian mendukung bayi itu dan terus menyusukannya. – Harian Metro
0 Komentar untuk "Gambar Jururawat Menyusukan Bayi Ketika Pembedahan Jadi Viral Di Laman Sosial Di China"