NEW YOR – Trend tatarias rambut jenis bentuk cepol
atau sering disebut juga sebagai sanggul bentuk siput di bahagian atas
kepala atau kini turut dikenali top knot semakin digemari oleh ramai wanita era kontemporari.
Bahkan, fesyen rambut sebegini pun digemari oleh kebanyakan lelaki yang dikenali juga dengan istilah man bun, namun, bagi yang sering mencepol rambut perlu berhati-hati, kerana tatarias itu boleh menyebabkan kebotakan.
Sanggul bulat diyakini berpotensi menyebabkan kebotakan hanya di satu
tempat sahaja, apalagi apabila wanita itu sering mengikat rambut
terlalu ketat. Istilah untuk jenis kebotakan semacam ini ialah traction alopecia.
Menurut Dr. Doris Day, seorang pakar kulit atau dermatologi dari New
York, Amerika Syarikat (AS), situasi itu disebabkan kebiasaan menarik
rambut terlalu kuat pada akar rambut yang akhirnya berlaku kerosakan
kekal.
“Keadaan lazim ini zaman dahulu biasanya terjadi pada
golongan wanita yang suka sangat mengikat rambut mereka sehingga
menyebabkan berlaku keguguran dan kebotakan rambut dalam usia 30-an atau
40-an.
“Gaya rambut cornrow atau disebut juga kepang iaitu
anyaman jalinan seperti pita ketupat akan terus menjadi risiko kebotakan
dan gaya fesyen rambut popular lain pun demikian bahaya,” ujar beliau dipetik portal berita AS.
Day menjelaskan, selain gaya rambut, beberapa proses penataan rambut
lain pun dapat memicu terjadinya kebotakan pada satu bahagian kepala
sahaja, salah satunya adalah sambung rambut atau hair extension.
Asalnya ia dibuat konon ada pandangan bahawa wanita berambut tebal dilihat natural namun, perlu diperhatikan bahawa sambung rambut cenderung adiktif malah jika sering dilakukan akan terus menyebabkan kebotakan.
“Penari balerina juga alami traction alopecia.
Menarik rambut terlalu kuat ketika diikat sebelum mengenakan penutup
kepala untuk berenang juga menyebabkan hal yang sama kepada perenang,” tutur Anabel Kingsley.
Beliau yang juga pakar kulit rambut di Philip Kingsley Trichology Clinic di New York mendakwa, setiap orang dapat mengalami traction alopecia, khususnya bagi mereka yang memiliki rambut jenis yang tipis.
Ini kerana ujar Kingsley, rambut yang agak tipis cenderung untuk
menjadi lebih lemah sehingga tidak boleh menutup kemungkinan mudah
terjadi kerosakan, keguguran atau langsung kebotakan pada akhirnya.
“Untuk cegah traction alopecia, sebaiknya sering
ganti tatarias rambut selain kurang pemakaian ikat rambut atau menata
dengan cara sanggul. Jika sakit kepala, barangkali rambut anda ditarik
terlalu kuat,” jelas beliau.
0 Komentar untuk "Fesyen Sanggul Siput Buat Rambut Wanita Cepat Botak"