Percaya atau tidak, Ardi Rizal yang baru berusia 2 tahun ini layak bergelar seorang perokok tegar apabila dia sudah menghisap 40 batang rokok sehari. Menurut bapanya, Ardi mula menghisap rokok pada usia 18 bulan lagi apabila bapanya sendiri yang menghulurkan rokok pertama kepada Ardi
Apabila
tindakan bapanya itu dipersoalkan, begini jawapannya, "anak saya nampak
sihat sahaja, saya tidak nampak sebarang tanda masalah pun pada dia!"
Menurut bapanya lagi, dia perlu membelanjakan sekitar RM24 sehari hanya untuk membeli rokok Ardi Rizal sahaja.
Ibu
Ardi, Diana, turut memberitahu bahawa ketagihan Ardi terhadap rokok
sudah menjadi semakin kronik sehingga ditahap sekiranya permintaan Ardi
untuk merokok tidak ditunaikan, Ardi akan bertindak agresif dengan
menghantukkan kepalanya ke dinding atau bucu meja.
Akibat
tabiat merokok yang terlalu kuat, Ardi Rizal tidak kelihatan seperti
seorang kanak-kanak berusia 2 tahun, sebaliknya, Ardi kelihatan seperti
seorang kanak-kanak yang sudah menjejak kaki ke alam persekolahan. - OMM
0 Komentar untuk "Budak Berusia 2 Tahun Ini Hisap 40 Batang Rokok Sehari"