Tak kira adat apa pun, setiap kaum memiliki adat dan tradisi yang menjadi lambang atau jati diri seseorang.
Di bawah adalah senarai 5 fakta berkaitan adat dan tradisi paling pelik di dunia.
Ikuti sepenuhnya di bawah:
Nombor 5: 'Alakachu' - Culik perempuan mana-mana yang disukai untuk dijadikan isteri (Kyrgyzstan)
Motif utama wanita di negara ini diculik bukannya untuk menuntut wang tebusan, tetapi untuk dijadikan ISTERI.
Itulah sebahagian adat pelik yang diamalkan masyarakat di Kyrgyzstan dimana perempuan boleh diculik bila-bila masa sahaja untuk dijadikan isteri. Inilah satu-satunya negara di dunia dimana kes penculikan dianggarkan berlaku setiap 40 minit dan adat tradisi ini dipanggil 'Alakachu' yang bermaksud 'Rebut & Lari'.
Caranya adalah, para lelaki akan memandu sekitar bandar untukmencari
bakal isterinya, jika terjumpalah mana-mana wanita yang berkenan di
hati, perempuan tersebut akan diheret ke dalam kereta dan terus di bawa
lari ke ruma lelaki itu. Tambahan lagi keluarga pihak lelaki telah
membuat persiapan untuk majlis perkahwinan tersebut.
Setibanya 'pengantin' perempuan, keluarga pihak lelaki akan berusaha sedaya upaya memujuk perempuan itu untuk bersetuju dengan perkahwinan tersebut.
Secara statistik, 50% wanita negara itu yang telah berkahwin sekarang adalah mangsa penculikan. Sebab itulah kes bunuh diri dan penceraian sering kali berlaku di Kyrgyzstan.
Nombor 4: 'Sarung Tangan Semut Peluru' (Brazil)
Seperti sarung tangan oven tetapi didalamnya dipenuhi dengan puluhan
ekor semut. Semut peluru ini berukuran sepanjang 1 inci dan untuk info
dalam statistik sengatan serangga, semut peluru menduduki tempat pertama
dengan sengatan paling ekstrim.
Tradisi sadis ini merupakan amalan sebuah puak di Brazil. Salah satu proses peralihan remaja untuk menjadi seorang dewasa perlu menjalani amalan ujian ini.
Selama 10 minit mereka akan dipakaikan sarung tangan yang dikerumuni
oleh semut ini dan untuk mengurangkan kesakitan yang dialami, peserta
akan diminta menari dengan iringan muzik dan disorak oleh penduduk
kampung.
Walaupun begitu remaja tersebut bukan hanya melalui ritual ini sekali
seumur hidup, sekurang-kurangnya mereka terpaksa melalui 20 kali
sepanjang hidup dan barulah remaja-remaja disana dianggap lelaki sejati.
Nombor 3: Ratu Hodoh (England)
Kalau kita biasa dengar pertandingan ratu cantik, di England mereka ada pertandingan Ratu Hodoh.
Inilah dinamakan World Gurning Championship dimana semua peserta bertanding untuk membuat raut muka yang hodoh sekali.
Peraturannya adalah peserta yang dapat mengubah wajah mereka kepada yang ekstrim hodoh dan mengerikan akan muncul sebagai juara.
World Gurning Championship telah bermula sejak tahun 1269 dan diasaskan oleh King Henry III. Usia pertandingan ini mencecah hampir 800 tahun dan sememangnya pertandingan ini mendapat sambutan hangat di England.
Rekod kemenangan 15 kali berturut-turut dalam pertandingan ini dipegang oleh Tommy Mattison.
Nombor 2: El Colacho - Melompat Atas Bayi (Sepanyol)
Tradisi ini dinamakan di Sepanyol sebagai El Colacho dimana seorang lelaki akan memakai topeng yang menyerupai syaitan.
'Syaitan' ini akan berlari dan terus melompat diatas bayi. Festival ini diadakan setiap tahun sempena meraikan perayaan Corpus Chrtisti sebuah perayaan Katolik.
Bayi-bayi tersebut akan dibaringkan diatas tilam dan sekumpulan lelaki
El Colacho inilah melompat melangkaui bayi-bayi ini, dan bayangkan kalau
mereka terpijak?
Walaupun begitu, Pope Benedict Ke-16 telah memberi amaran supaya menjauhi adat dan ritual aneh ini.
Tradisi pelik ini dipercayai boleh menghapuskan dosa serta melindungi bayi dari anasir jahat kononnya.
Nombor 1: Sati - Bunuh Diri Untuk Suami (India)
Sati adalah satu tradisi kuno di India yang telah diamalkan sejak
berabad-abad lalu. Kebiasaannya balu yang kematian suami akan melompat
ke dalam api yang sedang marak semasa upacara membakar mayat suaminya
dan ia dianggap sebagai satu cara yang mulia untuk menunjukkan
pengorbanan sebagai seorang isteri yang setia.
Mengikut kepercayaan Sati dilakukan kerana nilai diri seorang balu tanpa suami dianggap sangat rendah dikalangan masyarakat. Sati dikaitkan dengan unsur keagamaan, tapi sebenarnya banyak teori lain tentang kenapa adat kontorversi ini boleh wujud?
Ada pendapat sahih mengatakan bahawa majoriti balu yang melaksanakan Sati ini sebenarnya dipaksa atau dengan kata lain dibunuh.
Pendapat ini berkait rapat dengan bukti-bukti bahawa waris keluarga mendiang suami hidup senang hasil harta warisan yang dibolot.
Walaupun begitu, amalan Sati pada masa kini sudah diharamkan di India. -HarianBlogger.Com
Sumber: Youtube ECInspirasi #FaktaFakrol
Di bawah adalah senarai 5 fakta berkaitan adat dan tradisi paling pelik di dunia.
Ikuti sepenuhnya di bawah:
Nombor 5: 'Alakachu' - Culik perempuan mana-mana yang disukai untuk dijadikan isteri (Kyrgyzstan)
Itulah sebahagian adat pelik yang diamalkan masyarakat di Kyrgyzstan dimana perempuan boleh diculik bila-bila masa sahaja untuk dijadikan isteri. Inilah satu-satunya negara di dunia dimana kes penculikan dianggarkan berlaku setiap 40 minit dan adat tradisi ini dipanggil 'Alakachu' yang bermaksud 'Rebut & Lari'.
Setibanya 'pengantin' perempuan, keluarga pihak lelaki akan berusaha sedaya upaya memujuk perempuan itu untuk bersetuju dengan perkahwinan tersebut.
Secara statistik, 50% wanita negara itu yang telah berkahwin sekarang adalah mangsa penculikan. Sebab itulah kes bunuh diri dan penceraian sering kali berlaku di Kyrgyzstan.
Nombor 4: 'Sarung Tangan Semut Peluru' (Brazil)
Tradisi sadis ini merupakan amalan sebuah puak di Brazil. Salah satu proses peralihan remaja untuk menjadi seorang dewasa perlu menjalani amalan ujian ini.
Nombor 3: Ratu Hodoh (England)
Kalau kita biasa dengar pertandingan ratu cantik, di England mereka ada pertandingan Ratu Hodoh.
Inilah dinamakan World Gurning Championship dimana semua peserta bertanding untuk membuat raut muka yang hodoh sekali.
Peraturannya adalah peserta yang dapat mengubah wajah mereka kepada yang ekstrim hodoh dan mengerikan akan muncul sebagai juara.
World Gurning Championship telah bermula sejak tahun 1269 dan diasaskan oleh King Henry III. Usia pertandingan ini mencecah hampir 800 tahun dan sememangnya pertandingan ini mendapat sambutan hangat di England.
Nombor 2: El Colacho - Melompat Atas Bayi (Sepanyol)
'Syaitan' ini akan berlari dan terus melompat diatas bayi. Festival ini diadakan setiap tahun sempena meraikan perayaan Corpus Chrtisti sebuah perayaan Katolik.
Walaupun begitu, Pope Benedict Ke-16 telah memberi amaran supaya menjauhi adat dan ritual aneh ini.
Tradisi pelik ini dipercayai boleh menghapuskan dosa serta melindungi bayi dari anasir jahat kononnya.
Nombor 1: Sati - Bunuh Diri Untuk Suami (India)
Mengikut kepercayaan Sati dilakukan kerana nilai diri seorang balu tanpa suami dianggap sangat rendah dikalangan masyarakat. Sati dikaitkan dengan unsur keagamaan, tapi sebenarnya banyak teori lain tentang kenapa adat kontorversi ini boleh wujud?
Ada pendapat sahih mengatakan bahawa majoriti balu yang melaksanakan Sati ini sebenarnya dipaksa atau dengan kata lain dibunuh.
Pendapat ini berkait rapat dengan bukti-bukti bahawa waris keluarga mendiang suami hidup senang hasil harta warisan yang dibolot.
Walaupun begitu, amalan Sati pada masa kini sudah diharamkan di India. -HarianBlogger.Com
Sumber: Youtube ECInspirasi #FaktaFakrol
0 Komentar untuk "Adat Pelik Dan Menakutkan, Culik Perempuan Mana-mana Yang Disukai Untuk Dijadikan Isteri (Gambar) "