Sekiranya anda beranggapan bahawa hanya kasut sneakers dan peralatan elektronik sahaja yang boleh diklon di China, anda sebenarnya silap. Pengeluar di China sudah semakin kreatif atau mungkin terdesak kerana mereka juga mampu untuk menghasilkan produk makanan edisi ciplak! Dan apa yang cukup membimbangkan adalah produk ini juga sudah menembusi pasaran Malaysia.
Berikut adalah di antara produk-produk pemakanan yang telah diciplakkan oleh pengeluar di China:
1. Kacang Walnut
Untuk
bahan pertama ini mungkin tahap peniruan bukanlah hebat sangat tetapi
memang rasa tertipu jika anda jadi pembeli. Bayangkan anda memang
kemaruk makan kacang ditambah dengan si isteri mengidam kacang walnut.
Sekali bila anda beli dan cuba mahu pecahkan kulitnya, hanya ketulan simen konkrit yang anda dapat.
2. Daging Khinzir Menjadi Daging Lembu
Ini
sangat bahaya jika perkara yang sama terjadi di Malaysia. Memang jijik
habis ini. Di China, ada sindiket yang menukarkan daging khinzir kepada
daging lembu. Proses memerap dan menukar rasa daging tersebut pula,hanya
mengambil masa 90 minit.
Dengan
melalui beberapa proses yang disertakan dengan bahan kimia, hasil
akhirnya nanti membuatkan rasa daging khinzir itu terus mati dan
digantikan dengan rasa lembu sebenar. Bahaya sungguh!
3. Beras
Cuba
bayangkan, beras pun boleh diciplak. Melampau betul. Antara bahan yang
digunakan di dalam penghasilan berasa tersebut adalah berasaskan plastik
industi.
Malah
lebih mengejutkan, menurut kenyataan rasmi Chinese Restaurant
Association di sana, memakan tiga mangkuk nasi tiruan tersebut bersamaan
dengan makan satu beg plastik. Lama-lama nanti, ia akan merosakkan
sistem penghadaman makanan anda.
4. Susu Formula Bayi
Susu
tiruan merupakan salah satu industri terbesar yang pernah dicatatkan di
China malah lebih mengejutkan, ada di antara susu tiruan ini sebenarnya
berjaya menembusi pasaran antarabangsa.
Risau juga kami memikirkan perkara sebegini. Pada tahun 2004, 60 orang bayi meninggal dunia akibat susu tiruan ini.
5. Mee Lilin
Anda
suka makan mee goreng mamak? Pada 2011, sebanyak 5.5 tan mee yang
dibuat di China dirampas oleh kerana menggunakan bahan kandungan yang
digunakan di dalam dakwat printer dan juga beberapa elemen lilin (wax)
yang semestinya membuatkan sistem penghadaman anda bakal menghadapi
masalah.
Jadi, adakah anda masih lagi penggemar mee?
6. Telur
Ya,
isu telur tiruan pernah kecoh sebentar di Malaysia satu ketika dahulu.
Melalui beberapa campuran bahan kimia, maka anda boleh hasilkan telur
dan antara kes yang paling menarik pernah ditemui China, telur kuning
yang siap direbus sepenuhnya tidak mudah pecah malah melantun pula.
Kadang-kala
kesesakan dan kesempitan hidup membuatkan seseorang individu itu
sanggup melakukan apa sahaja tanpa menghiraukan apa yang kesan terhadap
orang lain. Namun jika dilihat pada kes yang berlaku di China ini,
kebanyakannya melibatkan kuantiti yang banyak setanding industri
sebenar. Teringin juga kami mahu review makanan di sana.
7. Tembikai palsu
Ini
adalah makanan terbaru yang dipalsukan di China. Baru-baru ini seorang
pembeli di China mendedahkan dia telah terbeli tembikai palsu dan
menujukkan isi tembikai tersebut yang nyata sangat berbeza dengan
tembikai original.
0 Komentar untuk "7 Makanan Tiruan Dari China Yang Mungkin Berada Di Malaysia"