Untuk info, Pyongyang adalah ibu negara bagi Korea Utara dan negara
ini bersempadan dengan Republik China di Utara dan Barat Laut. Kawasan
Zon Bebas Tentera Korea adalah merupakan batu aras sempadan pemisah
antara Korea Utara dengan Korea Selatan.
Apakah 10 perkara yang diharamkan di Korea Utara tetapi perkara ini diamalkan seperti biasa di negara lain?
Jika anda merancang percutian ke Korea Utara, mungkin anda patut berfikir dua kali kerana 10 peraturan ini bakal membuatkan anda membatalkan percutian ke negara tersebut.
Ikuti sepenuhnya fakta di bawah:
10. Menonton Televisyen
Apa yang pelik di Korea Utara adalah rakyatnya dilarang menonton apa-apa rancangan di televisyen selain hanyalah dapat menikmati rancangan TV dalam negara sahaja.
Tambahan lagi, 2 tahun lepas, seramai 130 orang rakyat Korea Utara telah menerima hukuman di khalayak ramai gara-gara menonton rancangan dari Korea Selatan.
9. Mengamalkan Agama
Majoriti rakyat Korea Utara adalah Atheist dalam erti kata lain, tidak memiliki sebarang agama.
8. Minum minuman keras
Di Korea Utara minuman beralkohol hanya dibenarkan minum pada hari-hari perayaan atau sambutan khas negara itu. Tambahan lagi, pelajar di negara itu dilarang sama sekali membeli atau minum minuman keras. Pelajar yang ditangkap kerana 'kesalahan' tersebut akan disoal siasat pihak berkuasa Korea Utara.
Pada tahun 2012, seorang pegawai tentera terbunuh gara-gara mabuk ketika menggunakan senjata mortar di hari memperingati 100 hari pemergian pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il
7. Memandu
Kebebasan untuk memandu di sekeliling negara adalah dihadkan sama sekali.
Rakyat Korea Utara disekat kebebasan untuk memandu diseluruh negara tersebut malah kerajaan telah menghadkan hanya 1 kereta bagi setiap 1000 orang penduduk.
6. Mendengar/memainkan muzik
Lupakan lagu Justin Bieber, Meghan Trainor - Like I'm Gonna Miss You atau lagu Taman Rashidah Utama nyanyian Wings kerana di Korea Utara semua muzik luar telah disekat masuk dan dikawal ketat oleh kerajaan.
Muzik barat lebih-lebih lagi yang berasal dari Amerika Syarikat adalah salah laku dan jenayah berat bagi sesiapa sahaja rakyat yang mendengar atau memainkan muzik tersebut.
5. Panggilan Antarabangsa
Katakan pada imigran yang datang bekerja di Malaysia seperti dari Myanmar, Bangladesh dan Indonesia, "Kawan, anda bertuah menetap di sini kerana yang tersayang dapat anda hubungi setiap masa".
Ini kerana, sebarang komunikasi atau panggilan antarabangsa yang dibuat dalam negara Korea Utara akan dikenakan hukuman mati.
Pada tahun 2013, seorang lelaki yang menetap di Korea Utara telah dikenakan hukuman mati oleh skuad penembak gara-gara menelefon rakannya yang berada di Korea Selatan.
4. Bercakap/mengkritik
Kebebasan untuk bersuara atau menyuarakan sesuatu pendapat dianggap salah di Korea Utara.
Mana-mana rakyatnya yang ditangkap kerana bercakap atau membincangkan mengenai kelemahan kerajaan atau mengkritik cara pemerintahan pemimpin akan dihantar serta merta ke 'Kem Pendidikan-semula'
Di kem tahanan tersebut, pesalah akan dipaksa melakukan kerja keras, didera secara mental untuk menjadikan semula rakyatnya seorang yang patuh dan mengikut acuan kerajaan.
3. Melancong Ke Luar Negara
Melancong atau berhijrah ke luar negara adalah salah satu jenayah terbesar di Korea Utara.
Jika kerajaan mendapati ada rakyatnya berhijrah ke negara China untuk mendapat perlindungan dan memulakan kehidupan baru, kerajaan menganggap sebagai pembelot pada negara.
Dan jika ada rakyatnya yang dapat ditangkap, kerajaan serta merta akan melaksanakan hukuman berat di khalayak ramai.
2. Pornografi/Bahan Lucah
Soalan: Apakah hukuman bagi pesalah di Korea Utara yang menjual, memiliki dan menonton bahan lucah?
Jawapan: Hukuman Mati
1. Melayari Laman Web
Mana-mana daerah dalam negara Korea Utara yang mendapat akses internet hanya boleh digunakan dengan kebenaran sahaja.
Kebanyakan laman web di Korea Utara berkisar tentang berita propaganda dan seperti biasa, akses laman web dari luar negara telah disekat.
Pada tahun 2013, seorang wartawan berita dalam talian telah dihukum penjara selama 6 bulan gara-gara tersalah ejaan. -HarianBlogger.Com
Sumber: The Independent, Washington Times, Bloomberg, BBC & The Guardian

0 Komentar untuk "10 Aktiviti Yang Kita Buat Setiap Hari Tetapi Haram Di Korea Utara "