Oleh itu, pemilihan gaun pengantin merupakan antara elemen terpenting agar segala-galanya nampak sempurna dan indah.
Maka, tidak hairanlah ada sesetengah bakal pengantin wanita mengambil masa yang agak lama dalam mencari gaun perkahwinan.
Namun, bagi Abigail Kingston dari Pennsylvania, Amerika Syarikat, dia tidak perlu bersusah payah kerana gaun pengantinnya telah lama menanti untuk diperagakan.
Hal ini kerana, Kingston bakal mencatat sejarah tersendiri dengan menjadi wanita ke-11 dalam keluarganya yang mengenakan gaun pernikahan turun-temurun.
Apa yang mengejutkan, gaun perkahwinan yang dikenakan Kingston itu sebenarnya telah berusia 120 tahun.
Memetik laporan Miror.uk, gaun pengantin ini pertama kali dipakai oleh nenek moyangnya yang dikenali sebagai Mary Lowry Kingston ketika hari perkahwinannya pada tanggal 11 Desember 1895.
Menurut sejarah keluarga besar Kingston, gaun putih itu kali terakhir pernah dikenakan oleh kerabatnya adalah pada tahun 1991 lalu.
Kingston yang sangat menghargai nostalgia nenek moyangnya bakal mengenakan gaun itu pada hari perkahwinannya yang bakal berlangsung 17 Oktober ini.
Difahamkan, gaun ini sebenarnya mempunya beberapa kerosakan akibat rendanya yang sudah rosak dan terdapat kesan-kesan lubang. Namun, Kingston telah menghantar gaun itu untuk dibaiki
0 Komentar untuk "WOW!! Wanita Ini Kenakan Gaun Pengantin Berusia 120 Tahun"