Wanita yang dikenali sebagai Flavia Carvalho nekad membuat sesuatu bagi menutup parut yang terhasil dalam keganasan ini. Wanita ini menamakan projeknya sebagai “A Pele da Flor” yang bermaksud “Kulit Bunga” dengan mencacah tatu dikawasan yang berparut bagi menutup kenangan pahit yang dilalui oleh mangsa apabila acapkali melihat parut terbabit.
#1 Kisah bermula pada dua tahun lepas, apabila Flavia berkerja dengan seorang pelanggan yang memintanya untuk menutup satu parut yang besar yang terdapat di abdomen.
#2 Menurut Flavia, pelanggannya itu berkata sewaktu dia berada di kelab malam, dia telah menolak seorang lelaki yang mendekatinya, kemudian dia ditikam
#3 Apabila pelanggannya itu melihat tatu yang sudah siap. pelanggannya berasa sangat terharu dan hal ini juga membuatkan Flavia berasa sungguh terkesan
#4 Perkara yang paling memeranjatkan Flavia adalah cerita tentang remaja perempuan yang berusia 17 tahun yang mempunyai date dengan seorang lelaki yang lebih tua darinya selama beberapa bulan, menderita kerana didera oleh teman lelakinya.
#5 Sewaktu dia meminta untuk memutuskan hubungan, lelaki terbabit merancang untuk bertemu, selepas mereka berjumpa, mereka mula bergaduh, dia ditikam beberapa kali di perut dan telah dirogol
#6 Flavia juga turut mencacah tatu secara percuma kepada golongan wanita yang telah menjalani mastektomi (pembedahan pembuangan payudara akibat kanser)
#7 Tatu dibawah dibuat bagi melindungi parut akibat terkena peluru
Flavia Carvalho mempunyai studia di Brazil di Curitiba, “Saya memulakan projek ini agak baru lagi, dan saya pun tidak tahu ia mendapat banyak perhatian media”, ujar Carvalho.
“Ia bermula secara spontan. Seperti yang saya katakan, perkhidmatan ini adalah 100 peratus secara sukarela, ‘kos’ nya hanya memerlukan golongan wanita memilih corak tatu untuk mereka”.
0 Komentar untuk "Wanita Ini Mencacah Tatu Bagi Mangsa Keganasan Domestik"