Ketulan muntah ikan paus yang dikenali sebagai ambergris itu dijumpai seorang lelaki di pantai Anglesey, utara Wales, Britain pada awal tahun ini.
Ambergris yang boleh dijadikan bahan dalam pembuatan minyak wangi itu dijual kepada seorang pembida melalui telefon.
Pemilik syarikat lelongan itu, Adam Partridge berkata, dia sangat teruja dengan lelongan berkenaan.
“Seorang lelaki datang kepada kami dan meminta untuk menjual ketulan muntah sebesar bola ragbi ini.
“Banyak benda boleh disalah anggap sebagai ambergris dan selepas dihantar untuk ujian kami dapati ketulan ini sangat berharga,” katanya.
Ambergris seberat lebih satu kilogram dan berbau busuk itu mungkin hanyut di laut selama berpuluh-puluh tahun sebelum terdampar di pantai.
Partridge memberitahu, ini adalah kali pertama di dunia ambergris dilelong.
Ambergris dihasilkan dalam usus ikan paus sperma untuk melindungi organ itu daripada benda tajam seperti paruh sotong yang dimakan haiwan itu.
Ia kemudian dikeluarkan dari usus dengan cara memuntahkan.
Ambergris digunakan dalam industri minyak wangi kerana ia menjadikan minyak wangi tahan lebih lama. – Agensi/myMetro Online
0 Komentar untuk "Muntah Ikan Paus Sebesar Bola Ragbi Dilelong RM73,503"