Di Malaysia biasanya jika ada kawasan bukit bukau, jalan raya akan dibina melingkari permukaan bukit. Di
Provinsi Hebei,China mereka mempunyai dilema yang sama ketika membina
jalan raya diantara Xingshang County dan Jambatan Zhaojun. Jalan raya
ini perlu melalui kawasan berbukit bukau. Kerana jurubina tidak mahu
menebuk terowong menembusi kawasan pergunungan dan memusnahkan keindahan
semulajadi, mereka membina jalan raya di atas permukaan sungai. Empat
daripada sepuluh kilometer jalan raya baru ini dibina di atas permukaan
sungai. Kos pembinaan ialah sekitar 440 Juta Yuan (RM 292 Juta) dan
adalah lebih mahal dari kos pembinaan biasa. Tetapi bagi penududuk
setempat jalan raya "terapung" di atas sungai ini bukan sahaja unik
tetapi memberikan pemandangan yang cantik apabila digunakan.
Sumber Amusing Planet
0 Komentar untuk "LEBUHRAYA "TERAPUNG" DIBINA DI ATAS SUNGAI DI CHINA (10 GAMBAR) "