Wanita berseluar putih dirakam melakukan aksi seks semata-mata untuk mendapat minuman percuma di sebuah kelab malam di Mexico.
Kejadian yang disaksikan ramai pengunjung itu telah dirakam berlaku di kelab Capezzio yang terletak di Veracruz, bandar Mexico.
Wanita terbabit dilihat menari mengikut muzik untuk seketika sebelum menurut permintaan hos acara yang menggalakkannya melakukan aksi lucah terhadap remaja lelaki yang cuma berseluar dalam untuk mendapat minuman percuma.
Pengacara majlis kelihatan menggalakkan pengunjung wanita terbabit melakukan aksi seks untuk mendapat minuman percuma.
Selepas isu ini viral, Gabenor Javier Duarte mengarahkan supaya kelab malam ini ditutup serta merta gara-gara insiden terlampau berkenaan.
Kelab malam tersebut dikatakan popular di Veracruz terutama di kalangan selebriti meskipun ia pernah digempur sebanyak dua kali kerana menghidangkan alkohol kepada pelanggan bawah umur. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Kelab Malam Galak Aksi Seks Demi Minuman ‘Free’ Diarah Tutup"