Bulan Oktober akan mendatang, maka sudah tiba masanya seluruh warga dunia khususnya Jerman menyambut festival tahunan Oktoberfest yang sudah dibuka di Munich). Festival yang diadakan selama dua minggu tersebut juga dikenali sebagai festival minum bir terbesar yang pernah ada.
Dalam festival tersebut, beberapa orang kelihatan memakai pakaian tradisonal Bavarian dan bermain muzik oompah. Selain itu, jutaan peminum bir dari seluruh dunia juga hadir untuk menikmati bir istimewa Oktoberfest yang dikenali mempunyai kandungan alkohol yang lebih pekat dan keras itu.
Tidak hanya dengan tarian beserta muzik Bavarian, festival juga dibuka dengan kedatangan Datuk Bandar Dieter Reiter. Datuk Bandar Munich tersebut hadir dengan segelas bir penuh buih untuk acara Oktoberfest agar membawa kedamaian.
Selain puluhan tong bir yang telah disediakan, pelbagai tarikan menarik juga dipamerkan oleh peserta untuk menarik minat para pengunjung. Beberapa orang dengan pakaian khas Jerman memainkan alat muzik mereka seperti drum, trompet dan seruling yang membuat acara semakin meriah.
Beberapa gadis cantik dengan pakaian tradisional yang mereka pakai juga berjaya menarik minat para pengunjung. Sementara itu, festival yang dijangka sekurang-kurangnya 6 juta pengunjung ini akan berlangsung hingga 4 Oktober mendatang.
0 Komentar untuk "Jom Kita Lihat Festival Minum Bir Paling Terbesar di Dunia"