The Great Blue Hole atau lubang biru yang besar. Ini terletak di
perairan Belize atau sekitar 70km dari pusat bandar Belize. Kolam ini
nampak unik saat dilihat dari atas. Kelihatan seperti bulatan biru gelap
didalam dikelilingi warna biru muda ditepinya.
Kawah Putih Indonesia, di Indonesia. Apa yang menarik? kawah ditempat
inilah daya tarikan utamanya iaitu kawah putih yang sangat indah dengan
kabut putih yang cukup tebal sehingga kita serasa berasa diatas awan.
Kawah ini terletak kira-kira 50km dari bandar bandung. Kawah ini
berwarna putih kerana kandungan sulfur atau belerang yang sangat tinggi.
The Wave, berada di wilayah sempadan antara Arizona dan Utah di Amerika
Syarikat, ini berada di lereng Colorado. The Wave mungkin sudah tidak
asing bagi kita kerana sering terpampang sebagai wallpaper PC atau
Handphone. Ini disebut The Wave kerana terbentuk formasi dari batu pasir
yang bergaris tak beraturan dengan warna coklat muda dan orange.
Di Salar de Uyuni, Bolivia, Ini sebenarnya adalah tanah dengan luas
10.582km persegi yang terdiri daripada padang garam. Warna putih dan
biru mendominasi daerah ini. Kadang genangan air dan garam memantulkan
panorama langit secara sempurna hingga tak kelihatan batas antara langit
dan bumi.
Pamukkale, Turki. Tempat ini kelihatan seperti kolam renang yang
bertingkat dan lebih unik lagi tempat ini mempunyai air yang jernih
sehingga kelihatan putih dan biru semulajadi. Pamukkale bermakna istana
kapas, ini sesuai kerana jika dilihat dari kejauhan wilayah ini akan
seperti gumpalan kapas.
0 Komentar untuk "Inilah Dia 5 Tempat Paling Indah Dan Menakjubkan Di Dunia "