>>>>>

Doktor Keluarkan 120 Ulat Dari Mata & Hidung Wanita

OTTAWA, Kanada – Sekumpulan doktor mengeluarkan sejumlah 120 ulat berenga daripada hidung dan kelopak mata seorang pesakit wanita yang dihinggapi lalat ketika dirawat di sebuah hospital di sini.
Satu laporan jurnal perubatan di Kanada memberitahu, wanita itu yang dirahsiakan identitinya di masukkan ke sebuah hospital kerana sakit.
Bagaimanapun, ketika dirawat di hospital seekor lalat dipercayai hinggap di muka wanita tersebut dan telah bertelur di rongga hidungnya tanpa disedari oleh pesakit berkenaan.

“Beberapa petugas mendakwa, terlihat seekor lalat terbang di dalam sebuah wad di mana wanita itu dirawat selama beberapa hari.
“Wad berkenaan tidak mempunyai tingkap yang terbuka sekali gus menyebabkan lalat itu tidak boleh keluar,” kata laporan berkenaan.
Rakaman video yang memaparkan doktor mengeluarkan ulat berengga dari mata dan hidung wanita itu kini menjadi popular di internet selepas dimuat naik beberapa hari lalu. – Agensi
0 Komentar untuk "Doktor Keluarkan 120 Ulat Dari Mata & Hidung Wanita"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info