Rosolie yang berpakaian sut hitam serta dilumur dengan darah khinzir meredah kawasan itu sambil dirakam kamera dan disaksikan isterinya, Gowri.
Bagaimanapun, Rosolie hanya membiarkan dirinya dibelit oleh ular sawa anakonda berkenaan sebelum membatalkan aksi itu kerana bimbang dengan keselamatan dirinya.
LIMA, Peru – Berjuta-juta penonton di Amerika Syarikat (AS) yang menonton aksi seorang aktivis alam sekitar, Paul Rosolie ditelan hidup-hidup oleh seekor ular anakonda gergasi kecewa selepas aksi berkenaan tidak berlaku.
“Walaupun saya memakai pakaian perlindungan tetapi ular sawa itu membelit saya dengan sangat kuat dan saya terpaksa meminta pertolongan kerana saya sukar bernafas,” katanya.
Pembatalan aksi itu menyebabkan ramai penonton menggunakan media sosial untuk mengkritik program berkenaan yang dianggap mereka sebagai menipu dan hanya mahu menarik perhatian orang ramai.
Lihat VIDEO Dibawah Ini
0 Komentar untuk "Video AKSI ROSOLIE Ditelan Hidup-Hidup Ular Anaconda"