CAMBRIDGE - Seorang pelajar mendakwa dirinya gagal mendapat pekerjaan semasa cuti panas kerana dianggap terlalu hodoh.
Pelajar
psikologi, Ben Cronin, 20 berhasrat untuk bekerja sementara semasa cuti
musim panas di bot terkenal Cambridge tetapi kakitangan di sana
memberitahunya rupa parasnya tidak cukup menarik untuk bekerja di sana.
Cronin, yang baru
saja tamat tahun pertamanya di Anlia Ruskin, University of Cambridge itu
berharap, dia mampu membiayai pengajian tahun keduanya dengan bekerja
sementara dalam cuti.
“Saya cuba
bertanya jika ada kerja kosong di bot pelancong itu, tetapi pekerja bot
memandang saya dari atas ke bawah lalu ketawa. Mereka kemudian berkata,
“kamu tidak layak bekerja di sini,”,
“Saya berasa
cukup terhina dan merasakan kata-katanya itu melampau dan memalukan diri
saya. Apa kena mengena kerja itu dengan rupa paras saya?,” kata Cronin.
Syarikat bot itu bagaimanapun menafikan kriteria yang diambil untuk bekerja mementingkan rupa paras.
Pengurus Besar,
Rod Ingersent berkata, pihaknya tidak menyokong kata-kata anak buah
syarikatnya kepada Cronin kerana selama ini, mereka mengambil pekerja
berdasarkan kriteria kerja dan merit individu.
0 Komentar untuk "Tidak Layak Bekerja di Bot Pelancong Kerana Rupa Yang Hodoh.. "