Perkampungan
Nagoro, Jepun pernah menjadi perkampungan kepada beratus-ratus buah
keluarga namun sekarang perkampungan tersebut hanya mempunyai 35 orang
penduduk dan kampung tersebut telah menjadi seperti kampung hantu.
Nagoro merupakan salah satu daripada 10,000 bandar dan kampung di Jepun yang semakin kosong akibat penghijrahan dan kematian.
Bagi
mengisi kekosongan kawasan-kawasan pejabat serta rumah yang
ditinggalkan kosong tidak berlenghuni, salah seorang penduduk Nagoro,
Tsukimi, membuat patung daripada kain untuk menggantikan jiran-jirannya
yang telah meninggal dunia. Walaupun dia kini sudah berusia 65 tahun,
namun dia merupakan penduduk paling muda di Nagoro sekarang.
Tsukimi
sebelum ini menetap di Osaka, namun telah kembali semula ke kampungnya
itu bagi menjaga bapanya. Namun bapanya itu telah meninggal dunia
kira-kira sedekad lalu.
.
.
“Bagi mengembalikan semula memori terhadap jiran-jiran saya yang telah meninggal dunia, saya menghasilkan patung ini.
“Setiap patung mempunyai cerita tersendiri dan mereka mengingatkan saya kepada masa lalu,’’ katanya.
Memandangkan
tiada lagi kanak-kanak untuk dibesarkan di Nagoro, maka sebuah sekolah
terpaksa ditutup manakala rumah-rumah, kedai dan jalan di situ turut
ditutup.
Kini
terdapat 100 anak patung yang dihasilkan oleh Tsukimi yang diletakkan
di sekitar Nagoro. Malah dia turut meletakkan satu anak patung di
sebelahnya ketika dia memandu, untuk dijadikan sebagai peneman.
Jika
pergi menjelajah diseluruh kawasan Nagoroj, anda akan melihat banyak
patung-patung yang dibuat menyerupai saiz sebenar manusia dengan pakaian
yang agak lusuh. Ini begitu menakutkan seperti kampung ini dihuni oleh
hantu patung.
Sumber: mynewshub.cc
0 Komentar untuk "SERAM!! Nagoro, Kampung "Berhantu" Yang Dipenuhi Patung Bersaiz Manusia."