LONDON – Seorang
pelukis di sini mendakwa dia telah dikunjungi oleh makhluk asing
sebanyak enam kali dalam tempoh 10 tahun yang lalu.
Pelukis itu, Lloyd
Canning, 33, berkata, dia pertama kali merakamkan gambar makhluk asing
selepas melihat sebuah kapal angkasa besar berlegar-legar di atas
keretanya pada tahun 2005.
Bagaimanapun,
selepas beberapa hari kejadian tersebut, bapa kepada dua orang anak itu
berkata, dia seolah-olah dipaksa melukis imej makhluk asing yang mahu
berkomunikasi dengan manusia.
Sejak itu, Canning
berkata, dia gemar menghasilkan imej-imej berbentuk makhluk asing dan
potret planet, namun merahsiakan kesemua koleksi itu kerana khuatir
orang ramai akan mentertawakannya.
"Malah, sejak
kejadian itu, saya sering terbayang-bayang imej makhluk asing pada
setiap minggu. Apabila keadaan itu berlaku, saya tidak mempunyai pilihan
selain terpaksa melukis imej-imej tersebut.
"Saya terpilih
mungkin kerana seorang pelukis. Mereka mahu menggunakan saya supaya
dapat memberitahu orang ramai mengenai kehadiran mereka menerusi karya
lukisan," jelasnya.
Menceritakan mengenai imej itu, dia berkata, dia pernah melihat satu objek besar tetapi tiada sayap.
"Objek
berbentuk bulat itu berterbangan tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.
Namun, saya tidak nampak seluruh kapal angkasa makhluk asing berkenaan
kerana amat besar," jelasnya.
Bagaimanapun,
selepas bertahun-tahun menyimpan kebanyakan karya yang berbentuk makhluk
asing, Canning berkata, dia kini bercadang mempamerkan kesemua koleksi
yang menyeramkan itu kepada orang ramai. - Kosmo
0 Komentar untuk "Seorang Pelukis Dakwa Dikunjungi Makhluk Asing Sebanyak 6 Kali "