Geli lagi meloyakan!
Itulah
gambaran bagi menceritakan kisah seorang pesakit wanita Kanada yang
secara tiba-tiba kelopak mata dan hidungnya dipenuhi dengan ulat sampah.
Kisah yang
dilaporkan oleh Metro.co.uk ini sebenarnya telah berlaku pada tahun
2007, namun baru menjadi viral di media sosial hingga menjijikkan
sesiapa sahaja yang melihatnya di seluruh dunia.
Lebih
mengejutkan, wanita tersebut sebenarnya tidak mengalami masalah ulat
tersebut pada awalnya ketika ditempatkan ke dalam hospital.
Dia yang
menghidap penyakit lain secara tiba-tiba terperanjat apabila kelopak
mata dan hidungnya mengeluarkan ulat sampah selepas beberapa hari
tinggal dalam hospital di Kanada.
Menurut
laporan perubatan wanita tersebut, ulat itu dipercayai berpunca daripada
seekor lalat berwarna hijau yang pernah dilihat berkeliaran di unit
kawalan rapi.
Difahamkan, lalat tersebut telah melepaskan telurnya ketika wanita tersebut berada dalam hospital berkenaan.
Bagaimanapun, para doktor berjaya mengeluarkan kesemua ulat tersebut sebanyak 120 ekor daripada hidung dan kelopak matanya.
0 Komentar untuk "Pesakit Terkejut Hidung Dan Mata Keluarkan Ulat Sampah"