Hangzhou:
Kerana keadaan berkuap di dalam pesawat, seorang penumpang yang pertama
kali menaiki pesawat membuka pintu kecemasan untuk mendapatkan udara
segar ketika kapal tebang itu bersiap sedia untuk berlepas.
Tindakan
lelaki itu memeranjatkan petugas Xiamen Airlines dan juga penumpang lain
yang dalam penerbangan dari Hangzhou ke Chengdu kerana mereka belum
pernah melihat keadaan itu berlaku.
Ditanya
mengenai tindakannya itu oleh kakitangan pesawat, lelaki itu berkata,
dia berasa panas dan rimas sementara menunggu pesawat itu berlepas.
Akhbar South China Morning Post berkata, petugas kemudian memindahkan lelaki itu ke tempat duduk lain, jauh dari pintu itu.
Kejadian
berlaku selepas satu kejadian lain menyaksikan seorang penumpang membuka
pintu kecemasan sebaik pesawat yang dinaiknya mendarat kerana hendak
cepat keluar. Ia menyebabkan syarikat penerbangan itu menanggung
kerugian sebanyak 100,000 yuan (RM56,000). - Agensi
0 Komentar untuk "Penumpang Pesawat Warga China Buka Pintu Kecemasan Kerana Kepanasan"