>>>>>

Pekerja McD Tak Sengaja Tayang Filem Lucah Pada Pelanggan (Video)


.

PARA pekerja di sebuah rangkaian restoran makanan segera McDonald’s di Zuchwil, Switzerland tidak menyedari mereka telah menayangkan video lucah kepada pelanggan di premis terbabit, baru-baru ini.

Menurut pelanggan yang ditemui, kebanyakan mereka tidak kisah dengan tayangan lucah tersebut (lebih-lebih lagi pelanggan lelaki).

Pengurusan premis berkenaan bagaimana pun mempertahankan staf-staf mereka yang tidak menyedari kesilapan itu, meski pun selepas beberapa jam video dimainkan.

“Pekerja kami tidak menyedarinya kerana begitu komited dengan tugas melayan serta mempercepatkan proses pembelian pelanggan,” kata pengurus cawangan bagi membela staf terlibat. – MYNEWSHUB.CC


0 Komentar untuk "Pekerja McD Tak Sengaja Tayang Filem Lucah Pada Pelanggan (Video)"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info